Baru bangun daripada tidur. Badan terasa sakit sakit dan kaki tangan pun kelihatan bengkak bengkak. Entahlah.., begini lah selalunya. Alhamdulillah..., permata hatiku yang kenit kenit tu, sanggup melayan suruhanku. Seorang tolong picit kaki, seorang tolong picit kepala. Abang yang besar sedikit tu, aku tak mahu ganggu. Dia nak menghadapi peperiksaan PMR tahun ni. Biarlah dia dengan buku bukunya. Mereka bertiga jer yang ada dirumah daripada lima orang cahaya mataku.
Baru bangun tidur ni, terasa lagi tangan kebas kebas. Sedang menaip ni pun, ku lihat kedua dua tanganku begitu penuh menutupi keyboard ni. Lihat jari jari terasa macam kembang jer...., hehehehehe. Ya Allah, semuga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk aku meneruskan saki baki hidup ini bersama permata permata hatiku. Sekarang jam 11.25pm. Waktu ini adalah terlalu awal bagi mereka mereka yang telah terbiasa berjaga hingga ke lewat malam. Aku tidak biasa berjaga terlalu lewat, kerana esok masih ada tugas menanti di pejabat. Paling lewat pun, dalam kul 1 pagi..., bantal dah memanggil manggil dah......,
Aku minat membaca. Tapi, aku cenderung kepada novel novel cinta..., hahahahaha. Minah bunga sungguh. Ada juga bila dah membaca novel tu, hingga terlupa jam telah menjejak ke pukul 3 pagi. Tidur dalam sejam dua, aku perlu bangun seawal 5 pagi. Begitulah rutin harianku jika terkena pada waktu bekerja. Bila tak kerja tu, dapatlah bangun lewat sedikit. Walau bagaimanapun, seboleh nya, aku elakkan untuk bangun melebihi jam 6.30 pagi.
Waktu sekarang ni, aku sibuk menguruskan urusan harta peninggalan arwah abah. Bila fikir fikir, harta ni, nak bawa ke mana???. Bila kita di dunia sana, hanya amalan yang akan menentukan bahagia atau tidak nya kita. Alangkah ngeri dan takutnya aku menghadapi saat saat itu. Walaupun umurku telah melangkaui 40an, tapi rasanya apa yang ada, belum cukup untuk ku bawa bekal kesana. Ya Allah, Ya Rabbi..., berkatilah aku, kasihi aku dan tetapkan iman dan taqwaku. Semuga kelak, apabila aku bertemu mu, aku tergolong dalam golongan hamba hambaMU yang dirahmati...
Tadi bawak mak ngah pergi ke pejabat pesuruh jaya sumpah di bandar melaka. Bawak mak ngah, untuk mak ngah tanda tangan dokumen penyerahan hak, harta peninggalan abah kepadaku. Bila mak ngah dah sain, senanglah nanti urusan aku pulak bila dipanggil semula untuk bicara berkenaan tanah pusaka arwah abah. Urusan mak long, kakak abah yang sulung, telah aku selesaikan di singapura, dua minggu yang lepas. Sedih aku lihat kepayahan mak long memanjat puluhan tangga di pejabat Pesuruhjaya Malaysia di Singapura. Alhamdulillah, mak long tak apa2, walaupun mak long kelihatan didalam keadaan yang amat letih.
Bersama mak ngah pagi tadi, membuatkan aku terpanggil untuk menulis malam ni. Cerita berkenaan dengan keturunan dia orang. Maksud aku, keturunan sebelah arwah abah...., wow...., menariklah juga padaku. Selama ni, begitu kurang cerita cerita berkenaan mereka yang ku dengar. Semasa hayat abah ada, abah hanya memberitahu kami sedikit sahaja berkenaan dengan cerita cerita keluarganya. Aku tak tahu kenapa abah tak begitu berminat untuk bercerita...., tetapi daripada apa yang aku ketahui daripada nenek sebelah emak, abah terpinggir sejak dia mengahwini emak. Alahai...., kesiannya.
Keluarga abah tergolong daripada golongan berada. Arwah atok, Hj. Kabil, punya banyak harta. Pada zaman seangkatan pada hayatnya, atok ada beberapa buah kereta dan beberapa laras senapang patah. Punyalah garang atok masa tu, di jaga dan diasuh anak2 daranya masa itu dengan terlalu ketat dan berdisiplin. Nak keluar rumah pun tak boleh. Apa lagi nak bersuka ria dan bebas seperti zaman sekarang. Bila anak2 atok nak keluar rumah, pasti atok akan ugut dengan senapang patahnya. "Berani kau orang nak keluar rumah tanpa izin aku..., kau nampak senapang ni???. aku tak takut kalau hilang anak..., yang penting, kau orang jangan palitkan arang kat muka aku ni..."., jerkah atok setiap kali anak2 daranya meminta izin untuk keluar rumah.
Oh...., lupa nak kata. Haji Kabil tu, adalah moyang aku. Haji Kabil tu, ada beberapa orang anak dara dan salah seorang dari anak daranya ialah ibu kepada arwah abah, iaitu nenek aku. Namanya Hindun. Hindun bte Haji Kabil. Harta yang aku urus sekarang ni, adalah peninggalan Hindun bte Hj Kabil dan Hindun adalah pemegang amanah bagi arwah abah....., (aduhai..., panjang lak cerita ni....). Aku sebenarnya ingat lagi wajah arwah nenek ni, walaupun masa tu, aku masih lagi berlari lari bermain hujan, berbau busuk dan masam apabila mencari kepah dan kerang di pantai yang berhampiran dengan rumah mak masa tu....,
Arwah Hindun ni sangat jelita sebenarnya. Punya tahi lalat yang ala ala Hamidah Wahab di pangkal hidung. Selalu memakai kebaya pendek dan kain batik..., senyum menawan dan baik hati. Tetapi sayangnya, sejak kecil, kami tidak begitu rapat dengan nenek sebelah abah ni. Sering kali aku dan adik lelakiku terserempak dengan arwah nenek bila kami bermain-main. Kami tinggal bersama nenek sebelah mak. Walaupun rumah kami berhampiran dengan rumah nenek sebelah abah, tapi kerenggangan itu teramat ketara. Keluarga sebelah mak bukannya berada seperti keluarga sebelah abah. Kesenangan kami masa tu, cuma menumpang pada tuah abah ajer...
Tapi...., ada satu perkara yang orang kampung selalu sebut pada keturunan Haji Kabil ni. Orang kampung selalu kata, kalau nak menikah ataupun nak cari pasangan hidup..., jangan cari dari keturunan Haji Kabil. Keturunan Haji Kabil, ramai yang mati muda....., pendek umur. Alahai...., itu semua adalah rencana Allah. Tidak semestinya keturunan Haji Kabil pergi cepat...., walaupun Haji Kabil pergi masa umurnya 55 tahun, Hindun pergi umurnya 52tahun..., abah pergi.., umurnya 56 tahun dan 3 orang anak2 Haji Kabil, pergi meninggalkan dunia ni, masa umur mereka baru 20an..., dan belum mempunyai zuriat...., walaupun abah, salah seorang anak Hindun, telah meninggalkan kami, akan tetapi, anak anak Hindun masih ada lagi yang panjang umur hingga kini. Contohnya mak long disingapura, telah jejak ke umur 78tahun. Muka mak long, masih macam muka seniwati saadiah, manis dan menawan. Mak Ngah..., masih ada dalam umur 76 tahun. No. 3, abah..., dah pergi dan no. 4, mak busu, masih ada didalam umur 60 tahun lebih...(agak nya ler..).

Cucu cucu Hindun???. , ada sepupuku, anak mak Ngah, yang telah pergi semasa mereka kecil, 2 orang. Yang seorang lagi anak mak Ngah, pergi semasa umurnya 20tahun, seorang lelaki. Aku tua setahun daripadanya dan adalah teman sepermainan semasa kecil. Al Fatihah untuk arwah Nuar....,. Cucu mak Ngah juga, ada yang pergi semasa bayi....., dan kini..., AKU...., masih lagi bernafas walaupun didalam keadaan kesihatan yang tidak pasti....
Sambung lak citer pasal harta ni....,
Emmmmm, letih nak cerita pasal harta ni. Tapi aku cerita gak lah sikit lagi. Sebenarnya, malas nak urus benda ni, kalau tak kerana aku anak yang sulung dan beriya iya diminta oleh emak. Selalu emak cakap, selagi ada hayat mak dan adik beradik abah, aku kena ambil alih segera tanah tu. Tanah tu milik abah dan milik kami semua juga. Itulah terpaksa bersusah payah menguruskan nya. Sebenarnya, ikhlas aku beritahu, aku tak berminat dengan harta harta ni. Tapi, kalau aku tak masuk campur untuk menguruskan nya, keadaan akan menjadi lebih kusut dan kalut......, jadi terpaksalah...,
Telah aku khabarkan kat mak, untuk aku, tak perlulah nak bagi. Cukuplah aku telah mempunyai rumah yang kecil dan lengkap dengan keluargaku. Mak kata," itu adalah hak kau dan adik2. Kau kena uruskan dan kau ambil bahagian kau...."..., emmmmmm, yer lah mak. Akan ku urus untuk kesenangan hati mak dan adik adik..
Pada anak2 ku khabarkan. Mak dan Abah tidak punya apa-apa harta untuk kami wariskan. Anak anak mak kenalah berusaha sendiri untuk mendapatkan harta dan kesenangan itu. Oleh yang demikian, mak dan abah hanya boleh bekalkan anak anak mak dengan kasih sayang, tunjuk ajar tentang kehidupan dan berikan keperluan pembelajaran yang secukupnya. Semuga satu masa dan ketika, anak anak mak boleh berdiri dengan nasib dan usaha sendiri. Semuga anak anak mak akan menjadi seperti apa yang anak mak nak jadi. Untuk saat itu nanti, kejayaan dan kebahagian anak anak mak..., adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup mak ini.....
Jika ditakdirkan mak akan pergi dulu meninggalkan anak anak mak, mungkin mata mak akan tertutup rapat, bilamana semua cahaya mata mak telah berjaya dan harapan mak yang paling tinggi, biarlah kejayaan anak anak mak, seiring dengan kehidupan dunia dan akhirat. Doa dan harapan mak, semuga anak anak mak akan menjadi anak2 yang soleh dan soleha. Doa anak2 yang soleh itulah yang akan sampai kepada mak bila mak telah pergi ke dunia sana.....