Diam tak diam, kita telah menghampiri enam bulan dalam tahun 2011. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedar. Sedangkan kita..., masih terkejar kejar mencari kepuasan dalam hidup yang sementara ini. Tetapi, begitulah adatnya.Walaupun kehidupan ini sementara, kita kena juga berusaha untuk terus hidup didunia yang fana ini, sambil kita berusaha untuk menambah bekalan untuk dibawa ke dunia sana. Bertapa sedih dan pilu nya mengingati saat itu. Selamat tinggal kaum keluarga.., selamat tinggal teman-teman dan handai taulan. Jika masih ingat kepada yang pergi, kita akan sedekahkan Fatihah.., semuga yang pergi itu akan aman dan damai disana, dalam keberkatan dan kerahmatan.
Ok lah tu. Kita tak yah cerita bab sedih2 ni. Kadang2 kesedihan itu akan berlarutan dan akan menenggelamkan kegembiraan yang sepatutnya datang bertandang dan beriringan. Selepas pulang dari ofis siang tadi, anak2 sibuk mengajak aku membawa mereka ke shopping komplek..., nak beli hadiah untuk hari guru pada 16hb Mei 2011, bersamaan hari Isnin ni. Maka..., layanlah mereka. Dah siap dengan senarainya..., untuk cikgu sekolah pagi berapa orang, cikgu sekolah Ugama, ataupun sekolah petang.., berapa orang.
Maka..., bila tiba tempat yang dituju..., berebut rebutlah yang berdua kenit2 ni memileh hadiah untuk guru2 tu. Aku sekadar jadi pemerhati dan bersedia di kaunter bayaran. Setelah barang-barang yang ingin dibeli mereka pilih, aku hanya membuat bayaran, tanpa membuat komen tentang barangan yang dipilih oleh mereka. Biarlah mereka berpeluang memilih mengikut cita rasa mereka tanpa dikongkong oleh pemikiran dan cita rasaku. Selagi barang2 tersebut bukannya barang2 terlarang dan ianya memang sesuai dijadikan hadiah.., kerana memang aku membawa mereka di kedai yang hanya menjual cendera mata, maka ianya bukan masalah bagiku. Cuma masalahnya.., kadang2 takut mereka terambil barangan yang bukannya menjadi bajet aku hari ni.
Guru2 pula, mereka bukannya mengharap, apa yang akan anak2 murid beri kepada mereka. Cukuplah sekadar anak2 murid mengenang jasa guru, dengar cakap guru dan mengikut nasihat guru, itu adalah lebih penting dari segala galanya. Jasa guru memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tenaga dan titik peluh mereka begitu berbaloi.., apabila banyak cendiakawan dan golongan2 berjaya yang dibentuk oleh guru2 sedari awal. Wah...., cakap macam aku ni guru..., walaupun sebenarnya aku bukan guru, tetapi aku cuba menyelami hasrat dan hati mereka.....
Dua tiga hari yang lepas, Angah call dari asrama. Suruh gak cari jubah pendek, tarbus warna hitam untuk dipakai masa sambutan hari guru di sekolahnya. Ada tema lak tu...., TEMA PADANG PASIR..., ooooo, sebab tu lah kena pakai jubah...hehehehe. Cute juga.....
Ingat aku masa sambutan hari guru zaman sekolah rendah ku. Masa tu aku baru darjah 5. Kami berangan macam2 nak beri kejutan pada guru kelas. Masing2 dah minta mak buat kueh sorang sepinggan untuk buat jamuan di kelas. Woooooo...., seronok betul masa tu. Seminggu sebelum tu, aku baru lepas daripada mengalami sedikit kecederaan di wajahku gara-gara menganggu mak mengoreng ikan di dapur. Kecik2 aku dah rajin ke dapur tau........!!
Kejadian ni berlaku, masa mak sedang sembahyang. Dah dikecilkan api dan dia beritahu aku untuk tengokkan ikan tu. Sambil tu, dalam periok, adalah telur ikan sembilang, yang mak nak campur dengan masak asam pedas. Tiba2 terasa gatal lak tangan ni, nak ambil sebahagian daripada telur ikan tu, dan ku campakkan didalam minyak yang sedang mengelegak dengan gorengan ikan tu....,
Selang beberapa ketika..., tetiba minyak tersebut berbunyi pop pop pop yang amat kuat lalu terperciklah ke dahiku dan beberapa tempat di muka ku. Apa lagi..., meraunglah aku dengan tahap kepanasan minyak yang melampau tu. Mak pun terkejut lalu ditinggalkan sembahyangnya lalu menerpa ke arahku. Aku berlari ke bilek air lalu ku jirus muka ku dengan air, dengan harapan untuk sejuk. Disebabkan gosok terlalu kuat, maka terkopeklah kulit didahi yang melecur tu.., sambil menampakkan warna puteh kemerah merahan.....
Bila nak kesekolah dan pada hari tu, sambutan hari guru.., aku dengan rambut diikat ala ala apaci.., berserta menutup dahiku dengan lipatan bandana warna merah. Bila sampai waktu loceng berbunyi, guru kelas, masa tu, Sir Baba (kita panggil sir, sebab dia ajar bahasa Inggeris..), hidup lagi ke tidak orang tua tu..... :))
"Hei awak...., nak jadi gangster eh???, siap dengan bandana lagi,..., kau baru balik dari berlakun citer koboi eh???." jerkahnya padaku. "Naper ni....???" tanya nya lagi. Aku malas nak jawab lalu ku bukak bandana yang membalut dahiku. Sir Baba terkejut melihat luka yang terputeh didahiku..., lalu memaksa aku menutupnya kembali....... lalu berkata "kalau nak tutup luka pun, pakailah kain pembalut luka ker..., oklah.., yang kau pakai bandana merah ni..buat apa...!"..., katanya dan dihatinya mesti terbit rasa kesal kerana telah memarah ku.
"Ok..Apaci..., sebab hari ni hari guru..., awak cikgu beri penghormatan untuk menyanyi di depan ni. Cikgu nak sangat dengar awak nyanyi. Kalau cikgu tak ada kat kelas, kawan2 awak kata, awak suka nyanyi...". Alamakkkkkk..., tembelang dah pecah. Saper lah yang jadi informer ni...., memang nak kena....!!
Nak tak nak..., kenalah aku nyanyi. Lagu apa ek???. Tetiba idea hilang semuanya. Tak kan pulak aku nak nyanyi cok cok kendung...., kang lagi lah mengamuk orang tua tu......, hehehehehehe. Tetiiba, dapat lak idea..., nyanyi lagu surat terakhir.....
Beriya iya nyanyi...., kalau sekarang ni, macam masuk AF lah katakan. Tapi confirm baru peringkat nak isi borang.., dah kena reject....hahahahahahaha. Sir Baba terpegun seketika tengok aku nyanyi. Tak tahu lah samada dia terpaku kerana suara aku sedap, ataupun dia terpaku sebab suara katak panggil hujan lebih sedap dari suara aku......:))
Tapi..., yang bestnya..., dia tepuk tangan beriya iya lepas aku nyanyi. Siap dipatahkan sedahan bunga "janda kaya" lalu dihadiahkan kepada ku. Itulah hadiah pertama dan terakhir iaitu bunga yang aku dapat semasa menyanyi......
Untuk guru2 se Malaysia..., selamat menyambut hari guru. Jasamu dikenang kerana dikaulah pendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang cemerlang dan gemilang....., curahkan jasa mu seikhlasnya semuga yang membalasnya hanyalah DIA YANG MAHA MENGETAHUI.....
Untuk guru2 yang pernah mengajar ku,,,,, saya sayanggggggg CIKGU!!

No comments:
Post a Comment