Bila ingat zaman persekolahan, ianya adalah satu zaman yang indah. Zaman kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah, sehinggalah peringkat sekolah menengah. Rasa rindu pada zaman itu. Zaman yang dikelilingi hilai ketawa dan riang ria, tanpa duka, tanpa derita. Zaman kanak-kanak hanyalah menghayati saat-saat indah bersama rakan-rakan yang lain.
Apabila telah mengijak ke sekolah menengah, sedikit demi sedikit persekitaran bertukar. Dah pandai nak pakai kemas-kemas. Tudung yang dipakai juga, tajam semacam bila digosok. Semuanya nak cantik dimata orang lain dan juga sedap mata sendiri memandang. Perjalanan ini berlalu sehinggalah aku menghadapi peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Sekarang ni, PMR lah pulakkkk
Selepas keputusan SRP diumum, aku lulus lah jugak. Dapatlah pulak melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Lagi satu era baru yang ku temui. Kehidupan di asrama. Alangkah sedihnya pabila berpisah daripada adik2 dan kedua orang tua serta nenek. Tetapi demi meraih apa yang dikatakan kejayaan dan kecemerlangan.., ku tempuhi jua. Apa lagi aku anak sulung yang menjadi harapan ayah dan bonda.. Duduk diasrama, bukanlah semanis seperti yang diduga. Banyak juga cabaran dan rintangannya.
Adat berkawan dan bersahabat di asrama. Tak semuanya mempunyai hati yang sama. Ada juga sifat iri hati, cemburu dan dengki sesama sendiri. Semuanya ku hadapi dengan tabah demi untuk merubah diriku supaya aku menjadi manusia. Basuh baju sendiri, tidak lagi menjadi masalah padaku. Ada juga kawan-kawan ku terdiri daripada golongan berada. Pakaian dari jenama mewah, dari atas sampai ke bawah. Bagi aku yang serba serbi kekurangan ini, aku bersyukur apa yang ada. Alhamdulillah, aku terima semuanya dengan redha.
Time 'outing'.., kadang-kadang aku dok memerap di dorm. Lebih baik aku menghabiskan masa dengan mentelaah buku-buku pelajaran daripada aku keluar mengikut kawan-kawan 'outing'. Shopping, bukannya masalah bagi mereka yang berada, tapi ianya masalah kepada aku. Aku tidak selalu dapat duit saku, seperti yang emak bapak kengkawan yang lain beri kepada anak-anak mereka. Biasiswa kecil persekutuan yang aku terima, itulah juga yang buat belanja duit saku ku. Kadang-kadang tak cukup juga. Terpaksa tebalkan muka kat mak dan abah untuk tambah. Walaupun ku tahu, mak dan abah juga bukannya dari golongan yang tidur di atas tilam emas. Hidup juga susah untuk mencari sesuap nasi...
Kat sekolah..., kita orang (pelajar perempuan) berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dan terpandai. Siapa yang lebih pandai, lebih tinggilah sahamnya. Tapi, aku biasa-biasa sahaja. banyak kengkawan lain yang senang mengatasi ku. Itu semuanya kelebihan masing-masing. Kita patut bersyukur dan berusaha. Jangan ada istilah putus asa..., jika kejayaan yang kita ingin raih.., sangguplah pula kita menempuh penderitaannya.
Masa dok asrama, aku pun kenal gak istilah 'fly'. Kebanyakan yang fly ni budak lelaki. Malangnya, aku juga pernah fly dua kali dan kedua duanya aku lepas. Kat belakang asrama puteri, ada kawat yang telah terkoyak dan muat muatlah untuk aku dan empat orang budak perempuan yang lain menyusup melepasi kawasan asrama. Maaf..., kami tidak buat perkara yang dilarang, maksudnya bukan kami merayap atau melepak tak tentu haluan. Kami hanya melepaskan diri hari tu, semata mata terlalu teringin nak makan cendol yang paling sedap di Pekan..tut...tut...tut...., (tak yah bagitahu lah....!!)
Bila dah sedap dapat fly dua kali, cubalah pulak kali ketiga. Memanglah nak cari nahas, tapi itulah yang aku buat. Kali ni, aku berdua jer lah. (Sekarang dah arwah kerana menghidap kanser perut) Al Fatihah untuk arwah Faridah. Masa nak menyusup masuk semula ke terowong rahsia, rupanya kami dah diperhatikan. Apa lagi, kena lah denda, Dendanya..., kena cuci tandas asrama puteri. Banyak tu tandasnya. Lebih sepuluh!!. Aduhaiiiii.....
Tak cukup dengan tu..., keesokkan harinya, aku dan teman sehati sejiwa tu, kena pulak mencabut kemuncup dan rumput kat depan dewan makan asrama. Dewan makan tu, berbumbung je, tak der kepong2 pun. Macam kantin biasa jer. Aku nak beri sedap sebut......, dewan makan..., kebetulan lah pulakkk, memang penyelia asrama tu, target denda tu dijalankan semasa pelajar2 asrama putera punya turn makan. Bayangkan lah bertapa malunya aku dan kawan baik aku. Tunduk jer semasa cabut kemuncup tu. Punya nyer malu, rasa nak makan jer kemuncup tu!!!....hahahahaha.
Mereka-mereka yang sedang bersantap di dewan makan tu, apa lagi. tersenyum senyum tengok aku terhegeh hegeh cabut kemuncup dan rumput. Ceh!!!, sungguh malang diriku...., sejak dari itu, aku jadikan ianya satu pengajaran dan pembelajaran dalam hidup ku. Jangan suka-suka nak langgar peraturan. Walaupun kita anggap macam kecil jer, tapi dah namanya undang2..., kita sebagai pelajar, wajib mematuhinya. Patuh ajaran guru, patuh arahan ketua, barulah hidup kita akan sempurna dan berjaya.
Salam sayang buat semua...



