Assalammualaikum dan salam sejahtera semua sahabat2ku...,
sebelum tu, nak ketawalah sekejap....hahahahahahahaha. Akhirnya berjaya juga buat blog sendiri. Sebelum ni, tak terfikir pun nak buat blog. Tapi, bila ku fikirkan semula, apalah salahnya untuk mengisi masa lapang kan??.
Hobi aku memang menulis dan membaca. Tapi semenjak dua menjak ni, agak sibuk dengan kehidupan seharian terutamanya dalam urusan mengurus anak2.
Sebelum kahwin, tidak pernah terbayangkan kehidupan ini begitu indah dengan kehadiran cahaya mata dan juga insan tersayang bernama suami. Hidup dimasa remaja, banyak dihabiskan dengan menjalani kerja2 seharian kerana bertugas di pejabat. Adalah juga yang cuba memancing hati, tapi hati telah tertawan kepada seorang insan yang baik hati, yang kini bernama suami.
Masa bercinta, terlalu banyak dugaan dan rintangan. Apa lagi diri ini memang tidak digemari oleh insan lain. Tidak ku tahu mana salah dan silap, hingga diri ini dibenci sedemikian rupa. Walaupun begitu, takdir Illahi, tidak ada siapa yang boleh melawannya. Akhirnya, aku dijodohkan dengan sidia..., suamiku.
Hidup bertambah ceria dan bahagia dengan hadirnya cahaya mata pertama., diikuti yang kedua, ketiga, keempat dan juga yang kelima. Semakin aku kagum dengan hidup ini dengan kehadiran cahaya mata kami, buah cinta kami.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Usia perkahwinan kami telah menjejaki 19 tahun dan Alhamdulillah, aku bersyukur dengan anugerah ini. Anak2 ku telah meniti tangga kehidupan satu persatu. Aku juga cicapkan kepahitan dalam kehidupan mereka, agar mereka tahu, hidup ini bukannya semudah yang disangka. Untuk berjaya hidup di dunia, haruslah mempelajari banyak perkara. Berusaha untuk menjadi insan yang terbilang dan gemilang.
Untuk menjadi insan yang berjaya dan mendapat hidayah dari Allah SWT, ku khabarkan kepada anak2ku. Berpeganglah kepada RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM. kerana....., dengan pegangan itulah nanti, akan membawamu ke Syurga Sang Pencipta. Doaku dan harapanku, semuga kami sekeluarga akana ditempatkan di tempat hamba2 yang dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.
Sampai jumpa lagi, dari saya yang baru belajar.
Akhirkata :-
Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya wanita baru belajar,
kalau salah, tolong tunjukkan.
No comments:
Post a Comment