Thursday, 24 March 2011

KEMEWAHAN

Berjumpa lagi di catitan ku yang kedua, pada minggu pertama ini. Terpanggil aku untuk bercerita tentang kemewahan. Siapa yang tidak mahu kemewahan dan kebahagian. ???. Tapi, biarlah kemewahan yang diperolehi itu, dari jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Bagi mereka yang lahir saja, dah dialaskan dengan bantal bersalut sutera, tilam empuk berenda mutiara..., mereka2 itu adalah insan2 yang beruntung. Mungkin juga bertuah. Bila asasnya mereka telah mempunyai kemewahan.., hendaknya tidak dilupakan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Harta yang berlebih, hendaklah diagih agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Barulah harta kita diberkati dan dirahmati olehNYA.

Begitu sedih dan pilu, pabila membaca blog anak baru-baru ini. Itu yang buat hati terpanggil untuk membuat catitan sendiri..., kesinambungan daripada ceritanya. Mungkin aku ni jenis yang garang dengan anak2. Tapi hatiku sebenarnya lembut dan perihatin. Bila dah marah2, aku akan menangis bila melihat mereka telah melelapkan mata. Sunyi sepi duniaku seketika.

Kepada anak yang sulung, ku sandarkan harapan, supaya satu masa kelak akan menjadi insan yang berguna. Anak yang soleh dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Hati mana yang tidak gusar, bila along menjejakkan kaki ke darjah satu, tahap pembacaan nya amat teruk sekali. Hati menjadi panas setiap kali aku menjadi guru untuk mengajarnya membaca. Tu sebabnya rezeki untuk menjadi guru tidak padaku. Ada hikmahnya. Untuk menjadi guru yang baik, perlu bersabar dan tekun. Guru yang sorang ni, tak sabar dan panas baran...hahahahahaha.

Ada satu masa dan ketika, aku terpaksa menyumbat mulut along dengan gula2. Ku paksanya menelan gula2. Kalau telan gula2..., suka kan???. Kalau suruh mengeja..., semput2....!!. eeeeee,,,, panas nya hati datang lagi..., tetapi berkat ketabahan dan kesabaran along, dia boleh membaca dan menyebut dengan lancar. Itupun pada tahap darjah 2. Aku bersyukur sangat2 kehadrat Allah SWT kerana menyempurnakan permintaan dan doaku....

Hari berganti..., masa berputar dan beredar, sehinggalah along mencecah ke umur 12 tahun. Sejak itu, aku lihat perkembangan along satu persatu. Masuk debat, pemidato, syarahan, pantun dan sebagainya. Kejayaan demi kejayaan diraih sehingga ke peringkat PMR.  Apabila PMR diumumkan, akulah orang yang paling gembira disaat itu dan itulah hadiah hari lahirku kerana keputusan peperiksaan itu diumum pada 27hb Disember..,

Along diterima pula untuk menyambung belajar disalah sebuah sekolah berasrama penuh di utara. Tidak terfikir dan termimpi sebenarnya along akan mendapat tawaran kesitu. Alhamdulillah. Pesan ku pada along, walaupun sekolah tu mempunyai ahli yang kebanyakannya mewah dan golongan atasan, semangat along tidak boleh patah. Dimana dan kemahuan, disitulah ada jalannya. Yang penting NAWAITU..

Semasa di sekolah sana, along tidak ku bekalkan dengan pakaian jenama. Cukuplah hanya sekadar dapat membalut tubuh dan mengikuti arahan pihak sekolah. Ku pesankan kepada anakku, jika nak pakai yang ada jenama dan mewah, belajar betul2.., cari duit sendiri. Walaupun mak dan abah tidak dapat bekalkan kemewahan tapi mak dan abah akan limpahkan kasih sayang yang tiada sempadan...

Sampai akhirnya, along telah menamatkan persekolahannya setelah habis menjalani peperiksaan SPM. Maka aku dan keluarga, pergi ke utara untuk mengambil along pulang ke Melaka. Sedang sibuk2 memunggah barang2 along untuk masuk ke kereta, tiba2 datangnya bunyi yang amat kuat di arah padang sekolahnya... 
MAK AIIIII...., ada helly mendarat kat padang sekolah dan ambil anak untuk cuti persekolahan. Itulah antara golongan2 mewah dan berada. Bersyukurlah kepada Allah kerana sekarang ni, ramai orang2 melayu yang gempak dan berkedudukan.

Bila musim berganti lagi, keputusan diumum. Alhamdulillah, keputusan along membanggakan. Aku jadi terkedu dan terharu pabila along menunjukkan keputusannya padaku. Alhamdulillah mak, abah..., along dapat straight 'A......

Kini..., along masih diutara. Walaupun dalam keadaan yang berbeza. Along tak ada motobike untuk ke kolej. Tak ada kereta seperti kengkawan lain. Basikal pun tak ada untuk ronda2 di sekitar rumah pelajar. Along cuma jalan kaki ke surau dan jalan kaki ke depan untuk menunggu bas ke kolej dan kadang2 menumpang kawan. Along tak ada handphone jenama mewah ataupun handphone yang sentuh2 skrin aje...., semuanya along tak ada. Tapi, along ku bekalkan sebuah laptop dan broadband untuk memudahkan along masa disana. Maklumlah..., sekarang ni zaman IT. Yang tu, patut ada....

Untuk kesekian kalinya, along kini menunggu keputusan temuduga yang telah dilaksanakan dikolej nya. Insya Allah, along akan dapat melanjutkan pelajaran ke Ireland seperti yang along idam idamkan. Mak dan abah sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak2nya.  Semuga satu hari.., kita semua akan meraikan kejayaan along sambil mengenggam segulung ijazah dan along akan bergelar Dr. Muhammad Zaiasraf Bin Zainurin. Apabila kejayaan dan kerjaya telah berada di tangan, along akan mengecapi kemewahan dan barang2 jenama yang along idam idamkan. Cuma satu pesan mak dan abah..., walaupun setinggi mana kita berada, jangan lupa melihat rumput di bumi. YANG PALING UTAMA..., HIASI DIRIMU DENGAN IMAN DAN TAQWA, SEMUGA MENJADI INSAN YANG SOLEH DAN BERHEMAH. Salam sayang dari mak.

No comments:

Post a Comment