Friday, 29 April 2011

PERKARA ANEH

Alhamdulillah..., masih berkesempatan menulis walaupun idea tak datang sebenarnya.  Tapi, saja nak merapu cikit...(eh..., merapu ker), tapi ni cerita benar yang ku alami.  Kali ni, kita cerita perkara2 aneh yang pernah kita lalui disepanjang hidup kita. Marilah kita bermula dengan alam persekolahan dulu. Kalau tak ada alam persekolahan, tidaklah ada alam pekerjaan kan??. hehehehehe.....

Mula menjejakkan kaki ke tingkatan 4.., tahun dot dot...., aku telah mula duduk diasrama.  Walaupun jaraknya dari rumahku tidak lah jauh sangat, dan tidak juga dekat..., tapi masih didalam peta negeri Melaka.  Mula-mula menjejakkan kaki ke asrama, hati dan perasaan dibelenggu rindu yang teramat kepada adik2 dan kedua orang tua serta nenek.  Walau bagaimanapun, ku cekalkan hati dan jiwa, bagi tujuan menuntut ilmu dan menjadi seperti apa aku nak jadi, untuk kebahagian diri sendiri dan juga kebahagian kedua orang tua.

Orang kata, kat asrama ni, banyak hantu. Banyak juga yang dah terjumpa. Sebelum ni, aku memang tak percaya cerita2 karut penduduk2 kat asrama ni. Ada yang jumpa kepala kat blok A, ada gak yang nampak benda terbanglah..., nampak bayang lah..., dan macam2 lah. Ada juga yang cerita dia mengerikan sikit.  Sedang berus gigi dalam bilek air, tengok cermin, kita berus gigi, nampak bueh ubat gigi. Orang kat sebelah, kita nampak darah....heeeeee..., seram!!.

Pada satu malam, aku berdua dengan kawan baikku, pegi ke bilek air. Rutin sebelum tidor.., mesti nak ke tandas dulu. Buang mana yang patut dibuang, tak kira besar atau kecil. Sapu bedak sejuk dimuka, mengalahkan muka zombe kampung pisang. Ubat jerawat...., dah macam corak pot ke dot, bersepah kat muka. Semuanya gara2 usia meniti remaja..., muka nak licin lah konon nya. Pantang jerawat ada hinggap sebiji dua..., punya lah risau,...., macam ada beban batu besar di kepala.....

Selepas sibuk menenyeh muka ngan bedak sejuk, tiba-tiba sebelah daripada ruang tempat aku bercermin, gelap. Seperti dilindung oleh bebayang. Aku lihat wajah temanku. Dia juga melihat wajahku.  Kami berdua menjadi tergamam dan tidak dapat bergerak. Bayang2 gelap itu bergerak gerak dan tiba2 ku lihat ianya seperti jerami yang terurai....., bayangan seperti rambut yang panjang!!!!. Cabuttttt........., tiba2 aku dapat power dua kuasa kuda. Berlari beriringan dengan temanku....., 

Sampai di dorm..., aku pun jadilah nenek kebayan, cerita seperti yang kami alami. Malangnya kengkawan ada yang tak percaya dan ketawakan kami. Aku tidur malam tu, dengan berkongsi katil dengan teman sebelahku. Tiba-tiba terasa seram nak tidor sendiri.., walaupun jarak katil ku dengan katil teman, hanyalah tiga kaki sahaja....

Cerita itu berlalu begitu sahaja..., dan lama2 ianya hilang dek kerana kesibukan kami masing2. Apa lagi, tahun itu, adalah tahun penentuan kami setelah kami menamatkan tingkatan 5 nanti.  Sebab nak periksa SPM, barulah sibuk buat sembahyang hajat dan solat sunat di tengah malam. Sembahyang tak ikhlas tu..., sembahyang kerana ingin meminta lebih daripada Allah, supaya kami boleh menjawab semua soalan dengan senang dan dada yang lapang.....

Satu malam, aku sembahyang seorang diri di bilek sembahyang. Ala...., apa lah nak ditakutkan. Kawan2 ramai yang sedang mentelaah di koridor, kerana undang2 asrama masa tu, boleh terang sehingga jam 11malam. Jadi, kami ramai2 ambil kesempatan membaca di bawah lampu koridor...., pandai2 ler. Yang penting tidak menganggu orang lain.

Baru sembahyang satu rakaat, sementara ingin berdiri untuk ke rakaat yang kedua, tiba2 ada seekor kucing hitam melompat masuk melalui tingkap ke bilek sembahyang. Aku terkejut yang teramat. Kusyuk entah kemana......!!!. Aku berlari sekuat hati daripada bilek sembahyang di bahagian bawah dan menuju ke tingkat satu, untuk menuju ke dorm ku. Kawan2 yang sedang kusyuk membaca, amat terkejut kerana aku berlarian dengan memakai telekung!!!!. Kawan2ku yang terkejut, menjerit jerit bagaikan terkena histeria!!.....,

Perkara ini berlarutan hingga dibawa ke warden asrama puteri.  Ustazah Sham begitu marah apabila mendengar cerita yang bebudak menjerit bak histeria, bukannya ternampak hantu, tetapi ternampak hantu jelmaan tiruan iaitu aku.

Kes ni, dibawa mesyuarat oleh ahli2 lembaga disiplin asrama puteri. Maka..., terhukumlah hantu tiruan dengan hukuman membersihkan bilek mandi dan juga tandas. Itu jer lah hukuman yang selalunya....errrrrrrgggggghhhh, geram nyer aku saat itu. Hanya Allah saja yang tahu...

Tahun berganti tahun, alam sekolah telah lama ku tinggalkan. Aku melangkah pula alam rumah tangga.  Sebulan selepas melangkah alam rumah tangga.., kami berpindah untuk hidup sendiri. Orang kata, hidup sendiri lebih manis daripada kita bergantung terus kepada orang tua.  Lagipun, ada lagi orang kata, biar banyak rumah, jangan serumah. Apa lagi kalau kita tinggal dengan keluarga mertua.  Segala galanya akan jadi perhatian. Pandai atau tidak anak menantu dia orang melayan anak lelaki atau pun anak perempuan mereka. Bagi yang perempuan, mesti mak mertua nak tengok, pandai atau tidak memasak makanan untuk suami dan juga mengemas rumah. Kemudian, barulah dinilai..., boleh atau tidak mendapat anugerah menantu mithali....hehehehehehe

Keadaan rumah yang baru sahaja dapat CFO, kiri kanan rumah masih kosong.  Adalah selang dua atau tiga baris, barulah ada yang baru duduk.  Walaupun begitu, rumah yang aku diami bersama suami.., agak kehujung lah sedikit......
Setiap hari, aku akan pulang dulu ke rumah sendirian dan suami akan sampai ke rumah pada sebelah malam. Paling cepat dia sampai, dalam kul 9 malam. Begitulah hari2 ku selama beberapa bulan.

Pada satu malam..., aku terasa ingin ke tandas. Tiba-tiba perut buat irama lah pulak. Tak tahu apa yang aku makan siang tadi. Dalam keadaan yang terpisat pisat, aku terus melangkah ke bilik air. Tiba-tiba aku begitu terkejut!!, kerana didalam bilek air, tersusun potongan rambut yang panjangnya agak agak sekaki. Adalah secekak agaknya rambut tu. Rambut tu tersusun jer di tepi mangkuk tandas cangkung tu....

Aku sungguh terkejut, lalu ku ambil sebaldi air yang kebetulan ada disitu. Ku siram rambut tersebut dan kemudian aku plush in. Hilang sudah rasa memulas dan hilang sudah irama yang mencengkam yang sebelum ini melanda aku. Aku berlarian ke bilek dan ku gerak kan tubuh suami yang sedang lena...., "bang..bang...bang.., bangun lah..., takut ni..!!". Setelah beberapa kali gerak, barulah si suami bangun sambil mengosok gosok matanya yang tidak gatal. Gosok mata kerana silau lampu yang terbuka!!

"Alaaaa....., naper ni???. buat terkejut jer..." kata suami padaku. Lalu ku ceritakan kepadanya apa yang berlaku. Permulaan..., pertengahan....dan penghabisan......, . Membulat matanya mendengar ceritaku dan dengan wajah yang tidak percaya, dia terus menuju ke bilek air. Malangnya.., hanya sisa2 rambut  yang tinggal dalam beberapa helai..., yang lainnya telah di "plush in" oleh ku tadi.....

"Mana ada rambut ni....., mungkin adik yang potong rambut siang tadi kot???..., tanya suami. "Takkkk..., mana ada potong rambut. Tak kan nak potong sendiri. Nak potong rambut, kena lah pergi salon..." kata ku lagi. "Alaaa...., sudahlah tu..., mimpi agaknya. Dah... gi tidur tu...".

Sejak perkara tu berlaku..., hati tak girang dok kat rumah. Terasa diriku diperhatikan, walaupun ku tahu itu hanyalah mainan perasaan.  Lama kelamaan..., minat untuk aku terus tinggal disitu, telah terkikis dan terhakis. Ku khabarkan kepada suami, dan Alhamdulillah..., dia bersetuju untuk berpindah. Maka berhijrah lah aku ke kawasan perumahan yang lain pula.....

Itulah sebahagian cerita aneh yang aku alami. Kini aku sedar, sebenarnya semua makhluk tu ada. Yang kita tak nampak tu, memang dia begitu. Kalau dah nampak.., dah lain kes lah pulakkkkk. Emmmmmm...., kadang2 keseraman datang menjenguk kan wajah....., kita..., baca lah apa yang kita tahu, untuk menghindari ketakutan yang ada. INGATLAH...., ALLAH SENTIASA ADA UNTUK HAMBA2 NYA....

Tuesday, 26 April 2011

HARTA ...., HARTA.....

Baru bangun daripada tidur. Badan terasa sakit sakit dan kaki tangan pun kelihatan bengkak bengkak. Entahlah.., begini lah selalunya.  Alhamdulillah..., permata hatiku yang kenit kenit tu, sanggup melayan suruhanku. Seorang tolong picit kaki, seorang tolong picit kepala.  Abang yang besar sedikit tu, aku tak mahu ganggu.  Dia nak menghadapi peperiksaan PMR tahun ni. Biarlah dia dengan buku bukunya.  Mereka bertiga jer yang ada dirumah daripada lima orang cahaya mataku.

Baru bangun tidur ni, terasa lagi tangan kebas kebas. Sedang menaip ni pun, ku lihat kedua dua tanganku begitu penuh menutupi keyboard ni. Lihat jari jari terasa macam kembang jer...., hehehehehe. Ya Allah, semuga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk aku meneruskan saki baki hidup ini bersama permata permata hatiku.  Sekarang jam 11.25pm. Waktu ini adalah terlalu awal bagi mereka mereka yang telah terbiasa berjaga hingga ke lewat malam.  Aku tidak biasa berjaga terlalu lewat, kerana esok masih ada tugas menanti di pejabat.  Paling lewat pun, dalam kul 1 pagi..., bantal dah memanggil manggil dah......,


Aku minat membaca. Tapi, aku cenderung kepada novel novel cinta..., hahahahaha. Minah bunga sungguh.  Ada juga bila dah membaca novel tu, hingga terlupa jam telah menjejak ke pukul 3 pagi.  Tidur dalam sejam dua, aku perlu bangun seawal 5 pagi. Begitulah rutin harianku jika terkena pada waktu bekerja.  Bila tak kerja tu, dapatlah bangun lewat sedikit.  Walau bagaimanapun, seboleh nya, aku elakkan untuk bangun melebihi jam 6.30 pagi.

Waktu sekarang ni, aku sibuk menguruskan urusan harta peninggalan arwah abah.  Bila fikir fikir, harta ni, nak bawa ke mana???. Bila kita di dunia sana, hanya amalan yang akan menentukan bahagia atau tidak nya kita. Alangkah ngeri dan takutnya aku menghadapi saat saat itu.  Walaupun umurku telah melangkaui 40an, tapi rasanya apa yang ada, belum cukup untuk ku bawa bekal kesana. Ya Allah, Ya Rabbi..., berkatilah aku, kasihi aku dan tetapkan iman dan taqwaku.  Semuga kelak, apabila aku bertemu mu, aku tergolong dalam golongan hamba hambaMU yang dirahmati...

Tadi bawak mak ngah pergi ke pejabat pesuruh jaya sumpah di bandar melaka.  Bawak mak ngah, untuk mak ngah tanda tangan dokumen penyerahan hak, harta peninggalan abah kepadaku.  Bila mak ngah dah sain, senanglah nanti urusan aku pulak bila dipanggil semula untuk bicara berkenaan tanah pusaka arwah abah.  Urusan mak long, kakak abah yang sulung, telah aku selesaikan di singapura, dua minggu yang lepas.  Sedih aku lihat kepayahan mak long memanjat puluhan tangga di pejabat Pesuruhjaya Malaysia di Singapura. Alhamdulillah, mak long tak apa2, walaupun mak long kelihatan didalam keadaan yang amat letih.

Bersama mak ngah pagi tadi, membuatkan aku terpanggil untuk menulis malam ni. Cerita berkenaan dengan keturunan dia orang. Maksud aku, keturunan sebelah arwah abah...., wow...., menariklah juga padaku.  Selama ni, begitu kurang cerita cerita berkenaan mereka yang ku dengar.  Semasa hayat abah ada, abah hanya memberitahu kami sedikit sahaja berkenaan dengan cerita cerita keluarganya.  Aku tak tahu kenapa abah tak begitu berminat untuk bercerita...., tetapi daripada apa yang aku ketahui daripada nenek sebelah emak, abah terpinggir sejak dia mengahwini emak. Alahai...., kesiannya.

Keluarga abah tergolong daripada golongan berada.  Arwah atok, Hj. Kabil, punya banyak harta.  Pada zaman seangkatan pada hayatnya, atok ada beberapa buah kereta dan beberapa laras senapang patah.  Punyalah garang atok masa tu, di jaga dan diasuh anak2 daranya masa itu dengan terlalu ketat dan berdisiplin.  Nak keluar rumah pun tak boleh.  Apa lagi nak bersuka ria dan bebas seperti zaman sekarang.  Bila anak2 atok nak keluar rumah, pasti atok akan ugut dengan senapang patahnya. "Berani kau orang nak keluar rumah tanpa izin aku..., kau nampak senapang ni???. aku tak takut kalau hilang anak..., yang penting, kau orang jangan palitkan arang kat muka aku ni..."., jerkah atok setiap kali anak2 daranya meminta izin untuk keluar rumah.

Oh...., lupa nak kata. Haji Kabil tu, adalah moyang aku. Haji Kabil tu, ada beberapa orang anak dara dan salah seorang dari anak daranya ialah ibu kepada arwah abah, iaitu nenek aku. Namanya Hindun.  Hindun bte Haji Kabil.  Harta yang aku urus sekarang ni, adalah peninggalan Hindun bte Hj Kabil dan Hindun adalah pemegang amanah bagi arwah abah....., (aduhai..., panjang lak cerita ni....).  Aku sebenarnya ingat lagi wajah arwah nenek ni, walaupun masa tu, aku masih lagi berlari lari bermain hujan, berbau busuk dan masam apabila mencari kepah dan kerang di pantai yang berhampiran dengan rumah mak masa tu....,


Arwah Hindun ni sangat jelita sebenarnya. Punya tahi lalat yang ala ala Hamidah Wahab di pangkal hidung.  Selalu memakai kebaya pendek dan kain batik..., senyum menawan dan baik hati.  Tetapi sayangnya, sejak kecil, kami tidak begitu rapat dengan nenek sebelah abah ni.  Sering kali aku dan adik lelakiku terserempak dengan arwah nenek bila kami bermain-main. Kami tinggal bersama nenek sebelah mak. Walaupun rumah kami berhampiran dengan rumah nenek sebelah abah, tapi kerenggangan itu teramat ketara.  Keluarga sebelah mak bukannya berada seperti keluarga sebelah abah. Kesenangan kami masa tu, cuma menumpang pada tuah abah ajer...

Tapi...., ada satu perkara yang orang kampung selalu sebut pada keturunan Haji Kabil ni.  Orang kampung selalu kata, kalau nak menikah ataupun nak cari pasangan hidup..., jangan cari dari keturunan Haji Kabil.  Keturunan Haji Kabil, ramai yang mati muda....., pendek umur.  Alahai...., itu semua adalah rencana Allah. Tidak semestinya keturunan Haji Kabil pergi cepat...., walaupun Haji Kabil pergi masa umurnya 55 tahun, Hindun pergi umurnya 52tahun..., abah pergi.., umurnya 56 tahun dan 3 orang anak2 Haji Kabil, pergi meninggalkan dunia ni, masa umur mereka baru 20an..., dan belum mempunyai zuriat...., walaupun abah, salah seorang anak Hindun, telah meninggalkan kami, akan tetapi, anak anak Hindun masih ada lagi yang panjang umur hingga kini. Contohnya mak long disingapura, telah jejak ke umur 78tahun. Muka mak long, masih macam muka seniwati saadiah, manis dan menawan.  Mak Ngah..., masih ada dalam umur 76 tahun. No. 3, abah..., dah pergi dan no. 4, mak busu, masih ada didalam umur 60 tahun lebih...(agak nya ler..).


Cucu cucu Hindun???. , ada sepupuku, anak mak Ngah, yang telah pergi semasa mereka kecil, 2 orang. Yang seorang lagi anak mak Ngah, pergi semasa umurnya 20tahun, seorang lelaki. Aku tua setahun daripadanya dan adalah teman sepermainan semasa kecil.  Al Fatihah untuk arwah Nuar....,.  Cucu mak Ngah juga, ada yang pergi semasa bayi....., dan kini..., AKU...., masih lagi bernafas walaupun didalam keadaan kesihatan yang tidak pasti....

Sambung lak citer pasal harta ni....,

Emmmmm, letih nak cerita pasal harta ni. Tapi aku cerita gak lah sikit lagi.  Sebenarnya, malas nak urus benda ni, kalau tak kerana aku anak yang sulung dan beriya iya diminta oleh emak.  Selalu emak cakap, selagi ada hayat mak dan adik beradik abah, aku kena ambil alih segera tanah tu. Tanah tu milik abah dan milik kami semua juga.  Itulah terpaksa bersusah payah menguruskan nya.  Sebenarnya, ikhlas aku beritahu, aku tak berminat dengan harta harta ni.  Tapi, kalau aku tak masuk campur untuk menguruskan nya, keadaan akan menjadi lebih kusut dan kalut......, jadi terpaksalah...,

Telah aku khabarkan kat mak, untuk aku, tak perlulah nak bagi.  Cukuplah aku telah mempunyai rumah yang kecil dan lengkap dengan keluargaku.  Mak kata,"  itu adalah hak kau dan adik2. Kau kena uruskan dan kau ambil bahagian kau...."..., emmmmmm, yer lah mak. Akan ku urus untuk kesenangan hati mak dan adik adik..

Pada anak2 ku khabarkan. Mak dan Abah tidak punya apa-apa harta untuk kami wariskan. Anak anak mak kenalah berusaha sendiri untuk mendapatkan harta dan kesenangan itu.  Oleh yang demikian, mak dan abah hanya boleh bekalkan anak anak mak dengan kasih sayang, tunjuk ajar tentang kehidupan dan berikan keperluan pembelajaran yang secukupnya.  Semuga satu masa dan ketika, anak anak mak boleh berdiri dengan nasib dan usaha sendiri.  Semuga anak anak mak akan menjadi seperti apa yang anak mak nak jadi.  Untuk saat itu nanti, kejayaan dan kebahagian anak anak mak..., adalah hadiah yang tidak ternilai dalam hidup mak ini.....

Jika ditakdirkan mak akan pergi dulu meninggalkan anak anak mak, mungkin mata mak akan tertutup rapat, bilamana semua cahaya mata mak telah berjaya dan harapan mak yang paling tinggi, biarlah kejayaan anak anak mak, seiring dengan kehidupan dunia dan akhirat. Doa dan harapan mak, semuga anak anak mak akan menjadi anak2 yang soleh dan soleha. Doa anak2 yang soleh itulah yang akan sampai kepada mak bila mak telah pergi ke dunia sana.....


Thursday, 21 April 2011

PENGHARGAAN DAN MENGHARGAI

Hari ni, aku nak cerita berkenaan dengan penghargaan dan sikap menghargai.  Tidak usahlah kita kesal atau tangiskan jika orang lain tidak menghargai apa yang kita lakukan. Penghargaan daripada Allah SWT adalah lebih penting daripada seribu penghargaan di dunia yang fana ini.  Ayat ni, ada aku letak distatus FB ku  hari ni.

Walau bagaimanapun, hati terpanggil untuk menulis seketika, bercerita berkenaan anak gadis kecil ku.  Walaupun dia baru berumur 8 tahun, tapi hatiku  begitu tersentuh dan terharu dengan sikapnya.  Pada petang tadi, sebelum pulang ke rumah, aku  singgah ke rumah mak untuk mengambil barang2 dan pakaian anak2. Maklumlah..., kita berkerja, jadi waktu anak sekolah, mereka ku  tumpangkan di rumah mak, kecuali anak lelaki yang no. 3, akan terus pulang ke rumah.

Sampai sahaja aku  di rumah mak, si gadis kecil telah berlari larian mengejarku.   Riang hatinya tidak terkira melihat ku  pulang daripada kerja.  Penat dan stress yang dirasai oleh ku  sejak pagi tadi di pejabat, hilang sekelip mata apabila melihat wajah munggil dan comelnya. Bicaranya begitu keletah dan tersusun. Alhamdulillah, sepanjang umurnya 8 tahun ini, dia tidak pernah membuat aku  bersedih ataupun berkecil hati dengannya.  Sejak hadirnya dia dalam hidupku , terasa hidup ini lebih lengkap kerana sebelum ini aku  telah mempunyai 4 orang anak lelaki dan dialah satu satunya penyeri di laman kehidupan saya....(Semua anak2 adalah penyeri hidup saya tanpa mengira jantina. Mereka adalah buah hati dan pengarang jantung saya.  Mereka juga boleh membuatkan jantung saya berdegup kencang tatkala menunggu keputusan peperiksaan yang mereka lalui. Kadang2 lebih ibu daripada anak anak....hermmmmmmm....

Sehari sebelum, si comel telah menunjukkan kad kemajuan bulanan nya kepada saya. Alhamdulillah, dia begitu cemerlang dan mendapat tempat pertama didalam kelasnya.  Oleh sebab kecemerlangan nya itulah.., ingin dikhabarkan kepada saya tentang hadiah yang diberi oleh neneknya.  "Ibu..., ibu...., baby dapat hadiah daripada nenek....", katanya sambil berlari ke arah saya.  "Oh...., yer ker????" tanya ku semula.  "Yer lah ibu..., kesian nenek, susah susah ajer bagi baby hadiah....", baby suka sangat2....", katanya lagi.  Nampaknya dia begitu bersungguh sungguh memberitahu ku kerana dapat hadiah daripada neneknya.

"Nenek beri baby apa???"..., tanyaku kembali.  "Oh......, nenek beri baby duit...., 1 ringgit.....", katanya dengan gembira. "Oh......, yer ker????"...., tanyaku pura pura terkejut.... "Yer lah ibu...., nanti sampai kat rumah..., baby masuk kat tabung botol susu baby yer....?". "Ok...., simpanlah..." jawabku semula.  Motif yang ingin aku  sampaikan disini adalah, walaupun hadiah tu kecil saja nilainya..., tapi riak dan sikap menghargai yang ditunjukkan itu amat besar nilainya.  Walaupun belanja sekolah sehariannya, aku  beri lebih daripada apa yang didapati daripada neneknya, tapi.., dia pandai menghargai.....

Selepas solat waktu maghrib tadi.., ada lagi satu kisah  yang dibuatnya. Kami solat bersama-sama. Sebelum aku membaca Surah Yassin, seperti biasa, ku berdoa untuk seisi keluarga dan juga anak2. Entah mengapa, mungkin dia terdengar doaku yang sedikit jelas di telinganya. Dalam doaku, selalu ku panjatkan doa untuk anak2ku, semuga mereka akan menjadi anak2 yang soleh, insan yang cemerlang dan gemilang untuk dunia dan akhirat.  Tiba-tiba dia datang memelukku erat dan ku lihat air matanya mengalir perlahan dipipinya. Aku sedikit terkejut tetapi lepas itu aku senyum sepuasnya apabila dia berkata.."terima kasih ibu..., kerana doakan baby dan abang2....., baby sayang ibu sangat2...., baby juga doakan ibu sihat selalu, semuga ibu dapat melihat kejayaan anak2 ibu.....".  Aduhaiiiiiii, terharunya aku....., kelu lidah untuk membalas kata katanya.....

Wednesday, 13 April 2011

PENGALAMAN NGERI

Hari ini, nak cerita pasal pengalaman ngeri yang aku pernah alami. Rasanya baru tadi jer berlaku. Masih teringat ingat dan masih terbayang bayang di kotak ingatan.  Ingin aku lontarkan ianya jauh jauh, tapi ingatan dan igauan itu kadang-kadang datang, walaupun kengkadang dia menghilang....

Peristiwa pertama, berlaku beberapa tahun yang lampau. Masa tu, aku sedang menaiki kenderaan dengan sahabatku. Biarlah aku namakan dia sebagai kak maz. Kami memang rapat. Boleh bercerita dan meluahkan apa yang kami rasa. Kesedihan, kegembiraan, semuanya kami kongsi bersama.  Kak maz banyak idea, maklumlah seorang general manager..., memang banyak fikiran dan ulasan.

Sambil memandu, kak maz rancak bercerita. Aku duduk disebelah, menumpang gelak, jika ada cerita-cerita yang mencuit hati kami berdua. Dari cerita bab2 kerja, sehinggalah cerita-cerita yang membabitkan diri sendiri.  Sedang rancak bercerita, tetiba kami terlihat sebuah lori crane (yang ada cangkuk besi kat depan tu..), seolah-olah menghala ke arah kami.  Aku tidak tahu bagaimana ianya datang, kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan aku dan kak maz tergamam.

Alhamdulillah, kak maz memang pemandu yang cekap. Sepantas kilat dia memutar arah. Alhamdulillah, tiada kenderaan lain masa tu. Jalan pun, agak lenggang. Jika kak maz tidak berbuat demikian, mungkin cermin hadapan kereta dihentak oleh pencangkuk besi tersebut. Ya Allah...., tak dapat ku bayangkan keadaan kami masa tu....

Baru baru ni, maksud ku dua tiga hari yang lepas, aku alami peristiwa ngeri yang seakan akan dengan yang pertama. Kali ini, kami bertiga. Aku memandu, sebelahku dan dibelakang, kawan sepejabat. Kami keluar untuk membeli alatan pejabat sambil tu keluar makan tengahari.

Dalam perjalanan pulang, kami melalui disebatang jalan yang sempit, ditengah tengah bandar melaka. Di kawasan tersebut, banyak lori lori kargo memunggah barang barang. Selalunya kesibukan tu lebih terasa apabila waktu pagi.  Tiba-tiba ada sebuah lori kargo yang bersendi dan badannya pula daripada besi, ingin menukar laluan tetiba.  Mungkin disebabkan badannya yang tinggi, tidak membolehkan pemandu tersebut melihat kereta ku di belakangnya. Lori tersebut terus mengundur, sedangkan aku tidak lagi boleh mengundur ke belakang kerana kenderaan terlalu padat di belakang yang menyebabkan juga tidak dapat mengizinkan aku untuk melarikan kereta ku.

Teman disebelah hanya menjerit.."akak.., akak...akak..". Yang duduk kat belakang pula, sibuk cakap, "akak..., cepat bunyikan hon!!".  Yang aku pula, bagaikan terpukau dan terpana..., hanya memandang lori yang semakin mengundur.  Tiba-tiba, aku bagaikan terkejut dari mimpi, apabila aku mendengar bunyi hon bertalu talu dibelakang dan sekeliling ku. Rupa rupanya banyak kenderaan yang menjadi assistant hon, termasuk mat mat motobike yang ada disitu. Semuanya menunjukkan rasa marah pada pemandu lori tersebut.

Alhamdulillah...,pemandu lori tersebut terkejut juga dari mimpinya. Semasa dia menghentikan lorinya, jarak antara lori dan keretaku adalah lebih kurang 2 kaki sahaja. Fuuuuhhhhhh, KUSSS SEMANGAT!!. Selepas lori itu terhenti, barulah aku boleh menarik nafas dengan betul dan lega....

Sahabatku yang duduk dibahagian belakang berkata.."kak..., kalaulah lori tu gelek kat kita tadi...., saya tak dapat bayangkan keadaan akak berdua...". Kalau saya hidup pun, sebab saya kat belakang, tapi kejadian ni, akan menghantui saya seumur hidu..". Alhamdulillah, kita bertiga selamat...".

Bila ku amat amati kembali...., apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kejadian itu juga adalah amaran dari Allah buat hamba hambaNYA yang terleka dengan urusan dunia.......
SUBHANNALLAH....!

Saturday, 9 April 2011

TERKENANG SEMASA DULU..

Tiba-tiba bosan tahap jingga lak malam ni. Tapi nak cerita lah jugak. Dah cuba untuk tarik nafas sedalam yang mungkin, melepaskan stress dan keletihan diwaktu siang.  Balik kejer kul 1.00 ptg tadi, singgah rumah mak, menumpang makan jap, kemudian pergi rumah mak ngah (kakak arwah abah), untuk bincang masalah keluarga, pasal peninggalan tanah arwah abah, kemudian gi lak rumah mak busu, cerita yang sama dan dalam seminggu dua ni pulak, akan ke singapura untuk jumpa mak long, perkara yang sama juga. Cuma yang berat sikit, mak long sekarang tak berapa nak sihat, nanti kena bawa dia di kedutaan malaysia di singapura untuk dapatkan tanda tangan dia didepan pegawai kedutaan disana....., alahai lecehnya. Bila citer bab-bab pusaka ni, memang remeh dan leceh..., tapi terpaksa lah juga diuruskan..

Okey..., kita tinggalkan dulu bab pusaka..., ni nak citer kisah anak2 masa kecik lagi.  Cerita ni berlaku, sekitar pertengahan tahun 1994.  Masa tu si along berumur 1 tahun 8 bulan, angah berumur 3 bulan lebih. Masa tu, cik abang dan aku, masih lagi dalam keadaan "weekend married".  Apa nak dibuatkan. Terpaksalah hadapi demi menjana ekonomi untuk keluarga terutama anak2.

Disebabkan selalu berpisah, teringin lah pulak untuk 'stay' ngan cik abang seminggu dua di tempat kerjanya. Maksud aku, dirumah sewanya di Kuala Lumpur.  Tak silap aku, di sebuah pangsapuri di daerah segambut, KL.  Bila waktu siang..., abang pergi kerja, tinggallah aku dengan dua orang anak. Along dan angah.

Dikesempatan yang ada, aku mencuci baju. mengemas rumah dan memasak lah "sesimple" yang mungkin. Selepas mencuci pakaian, aku pun membuat urusan untuk menjemur pakaian pula.  Disebabkan pangsapuri yang aku tinggal ni, tingkat 4, maka urusan jemur menjemur ni, kena lah buat dibahagian 'balkoni' yang dipisahkan oleh pintu sorong kaca.  Sedang sibuk menjemur pakaian, tiba-tiba aku dengar bunyi berdetap dibahagian pintu cermin.  MAKKK AIIIIII, along dah tolak selak pintu cermin keatas.  Keadaan yang demikian, menyebabkan along dan angah terkunci didalam rumah dan aku terkunci diluar, kawasan balkoni. Aduhaiiii, tak kan lah nak terjun lakkkk, lain lah kalau aku ni boleh jadi spider woman.

Puas juga aku arahkan along, untuk turunkan semula selak tu ke bawah.  Tapi dalam keadaan umurnya yang baru 1 tahun 8 bulan dan kedudukan selak tersebut memerlukan along bertinjet sedikit, menyebabkan arahan aku dari luar adalah agak sukar untuk diterimanya.  Fikiran aku semakin semak dan kusut. Aku telah menangis tiba-tiba, sedangkan anakku si along, tak menangis langsung. Buat muka blurrr......, nasib baik adiknya yang baru berumur 3 bulan, sedang nyenyak tidur diruang tamu. Aku boleh melihat kedua dua anakku dengan terang, kerana pintu slidding tersebut tidak mempunyai langsir ataupun tirai.

Aku nekad untuk menendang pintu kaca tersebut.  Pecah pun tak per, yang penting pintu tu terbuka.  Aku tendang2 dengan kuat, sambil menyuruh along lari dari kawasan pintu tersebut.  Semakin kuat ku tendang, tenaga ku semakin lemah, sedangkan pintu tersebut tidak pula bergerak sedikitpun. Sedang sibuk menendang, adalah hamba Allah kat bawah tu, menjerit kat aku. Seorang lelaki. "..Dik...dik....dik..., awak kenapa??. terkunci ker??".., tanya lelaki tersebut. "yer bang, saya terkunci kat sini, dua orang anak saya didalam.." jawab ku cemas.  "suami awak maner''...., tanya abang tu lagi.    "Suami saya kerja...., sekarang ni dia berada di seremban lak tu,,", kataku lagi.

"Awak dok diam-diam. Jangan tendang lagi pintu tu. Kalau boleh buka, okeylah. Tapi takut pintu tu pecah dan membahayakan nyawa anak awak pulak...", katanya lagi.  "Oh...., iya tak yer juga. Malang tidak berbau. Takutnya saya..."....., kataku cemas.  "Nanti saya carikan awak tukang kunci. Rumah dia kat hujung blok rumah saya tu. Doa-doa lah semuga tukang kunci tu belum keluar kerja. Awak tunggu yer..".., kata abang itu lagi.  Alhamdulillah, masih ada insan perihatin yang ingin menolong...,

Setelah menunggu hampir sejam, akhirnya si tukang kunci, dapatlah abang tu temui. Pintu pansapuri, dapat dibuka dengan selamat dan aku juga terlepas daripada kesesakkan nafas kerana risaukan kedua dua anakku. Alhamdulillah...., kena lah bayar si tukang kunci RM25.00. Berpuluh kali aku ucapkan terima kasih kepada abang yang telah menolong aku. Jika tidak, terpaksalah bersidai aku diluar sehingga menunggu kepulangan suamiku pada sebelah petang.

Dua tiga hari selepas itu, along buat perkara yang sama, tapi kat dalam bilek lah pulak.  Dia tekan tombol pintu, tapi tak boleh pulak pulas untuk  membukanya dari dalam.  Aku dengar suara along menangis dan mengetuk2 pintu tersebut. Alhamdulillah, masa tu, adalah rakan suamiku dirumah. Nama dia abang nan.  abang Nan jerit kat along suruh dia menjauhi pintu tersebut.  Abang nan ambil sebuah buku yang tebal, letak kat tombol pintu luar, kemudian tendang tepat kat tombol tu. Alhamdulillah..., terbukak lah pintu tersebut.

Aduhaiiiii...., along...along....., AHMAD ALBAB!!!. lah pulakkkkkkk

Sunday, 3 April 2011

TELATAH SI KECIL

Kali ni, teringin lah pulak nak bercerita telatah anak anakku semasa mereka kecil. Walaupun sekarang ni, mereka sedang menginjak remaja dan akan dewasa tak lama lagi, tapi ingatan dan kenangan manis itu masih lagi kekal dimemori ku. Setiap yang manis akan terus manis di lipatan hati dan setiap yang pahit itu, akan terus jadi penawar, mengiringi perjalanan kita untuk menuju kebahagian.

Cerita ini berlaku semasa along berumur 1 tahun 3 bulan. Dan aku pula, sedang sarat mengandung anak kedua. Dah tujuh bulan setengah masa tu.  Dalam keadaan yang serba serbi lelah dan letih, aku masih lagi boleh melayan karenah si kecil, walau dalam apa keadaan sekalipun. Anak kecil, hati mereka perlu dijaga. Walaupun masih belum tahu menilai, tetapi hendaklah kita bentuk dan belai. Hendaknya, hati sikecil jangan rasa tersisih dan sedih.

Pada awal tahun 1994, aku dan suami mendapat berita yang mendukacitakan, yang mana ayah mertuaku, Haji Abdol Samad bin Mohd. Dom, telah disahkan menghidapi penyakit 'kanser prostat'.  Arwah telah dimasukkan ke hospital Batu Pahat untuk menjalani rawatan. Aku dan suami akan meluangkan masa ku iaitu setiap hari jumaat malam sabtu, kami akan bertolak ke Batu Pahat, rumah mertua. Selalunya, kami bergerak pada sebelah malam iaitu diantara pukul 12.00 hingga 12.30 malam, bergantung kepada lambat atau cepatnya si suami pulang dari tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Beginilah hidupnya 'weekend married'. Jumpa hanya hari sabtu dan ahad. Ianya berlangsung selama 6 hingga 7 tahun lamanya. Walaupun selalu terpisah, hati dan perasaan aku tidak pernah berubah. Tetap sayang dia selama lamanya....

Tiba waktu melawat, aku sekeluarga akan pergi ke hospital seperti biasa. Bila sampai hospital, along begitu gembira sangat-sangat. Menjejak kan kakinya ke hospital, seperti pergi main dekat 'play garden' pulakkk.  Along akan berlari kesana, berlari kesini, ikut suka hati dia jer....., apalagi aku yang sarat ini ingin mengejarnya. Tak larat sungguh.

Bila along terpandang kepada doktor-doktor disana, along akan selalu senyum-senyum. Bila nurse sibuk tolak troli dengan papan rekod kesihatan pesakit, along sibuk usik-usik barang dia orang. Kadang-kadang, along sibuk jer ambil dan main pen, papan catitan dan apa-apa jer yang ada kat troli tu. Alhamdulillah, nurse-nurse dan doktor2 kat situ paham. Budak kecil lah katakan. Takkan lah dia orang nak marah pulakkkk....

Kadang2, sebenarnya aku yang mendidih darah, bila tengok gelagat along. Tapi, cepat2 aku mengingati diri dan tidak aku lepaskan kemarahanku kepada si kecil sesuka hati. Alhamdulillah. Bersyukur aku sangat2 kepada Allah SWT, masih memelihara tingkah lakuku.  Tidak sesekali ingin ku sakiti permata hatiku....., dan sesungguhnya amanah Allah ini, hendaklah dijaga dan dibelai dengan  sebaik baiknya.

Pada minggu lawatan yang lain pula, along masih dengan ragamnya. Kali ni, dia berlari lari keliling blok hospital. Nasib baiklah hospital Batu Pahat masa tu, tak ada tingkat-tingkat. Bentuknya macam rumah teres saja. Cuma, banyak blok dan berbelok belok. Tiba-tiba along hilang. Berpeluh aku mencarinya. Hati semakin resah kerana along masih tidak kelihatan. Aku semakin risau, takut anakku diculik.

Apabila aku melalui disatu lorong, disitu ada sebuah bilek stor kecil. Tertulis kat situ, bilek simpanan barang-barang untuk kerja-kerja pembersihan. Nampak pintunya terkuak sedikit.  Tidak pula terlintas dihatiku untuk memasuki bilek tersebut.  Sedang aku ingin berlalu, aku mendengar suara kanak-kanak tertawa. Aku amati suara itu dan ku hampiri semula bilek stor tersebut.  Tiba-tiba along mengeluarkan kepalanya daripada timbunan beberapa batang mop disamping susunan kotak-kotak. "eeeeeer eeee, hehehehe" sungguh-sungguh dia ketawa. Alangkah gembiranya hati, sebab along telah ku temui.  Geram nyer pasal, kena lah cubit secubit dua.....

Kadang-kadang..., along suka-suka jer lalu kat lorong 'rumah mayat' disana. Aku yang dewasa dan semakin tua ni pun, kadang-kadang seriau gak nak lalu kat situ.  Tapi, dia boleh lagi menjengah kat tingkat kecil yang sememangnya rendah parasnya disitu. Entah apa yang menarik minatnya....eeeeee, tak nak lah aku menjengah kat situ......

Doktor-doktor dan jururawat yang lalu lalang, semuanya disapa. Alahai..., peramahnya anak aku. Baru setahun lebih tu, tapi dah peramah dah. Ikut maknya ker???...hehehehe, mungkin juga. "Malaysia Meriah"....., lagi satu, orang peramah ni, ramai kawan. Betul ker??. Waallah hu alam....,

Setelah beberapa minggu dihospital, aku mendapat perkhabaran sedih daripada keluarga suamiku. Ayahnya telah pergi di jemput Ilahi untuk selama lamanya. Along belum puas lagi bermesra dengan datuknya.  Lagipun, along kecil lagi masa tu.  Tapi...., sempatlah juga along panggil datuknya....., "datukkkkk...., datukkkkk...., datukkkkk.., dan datuknya sentiasa menjawab panggilannya walaupun dengan panggilan yang lemah masa tu. "yer...., yer....., yer..."  , "ayap nanti dengar cakap mak ngan abah tau. Ayap jangan nakal-nakal. Tak lama lagi, ayap dapat adik tau....., beritahu arwah bapa mertuaku pada along. Along pun mengiyakan nasihat datuknya..." datukkkkk, yer datukkkk, yer datukkkk...., hehehehe dengan mukanya yang comel, rambut tercacak dan menyeringaikan giginya yang belum cukup sifat tu....

Setelah 18 tahun berlalu, bila ku ingati semua tingkah laku anakku, rupa-rupanya memang dia minat nak kerja kat hospital ni....., dari kecil dah cenderung ngan selok belok hospital..., rupa-rupanya nak jadi seorang doktor.....

Alhamdulillah...., doa mak ngan abah, sentiasa mengiringimu anak ku. Bukan hanya ketika mak berada di tikar sembahyang, berdoa untuk kejayaan anaknya, tapi setiap saat dan ketika. Setiap detik jantung mak berdegup, doa mak tidak akan putus untuk along. Mak telah halalkan susu yang along minum sejak kecil. Susu itulah yang telah menjadi darah, dan mengalir disetiap genap sarafmu..., bersama kasih sayang mak yang tidak pernah berbelah bagi, antara along dan adik2....,

Selamat maju jaya anakku. Semuga, mak akan dapat hantar along ke airport, bilamana along akan melanjutkan pelajaran ke Ireland dan mak dan abah akan dapat ke Ireland, satu masa dan ketika, yang mana ketika itu, along akan dinobatkan sebagai doktor dengan adanya anugerah degree yang pertama.

Along....., tak kisahlah kalau along suka baca komik budah getah, komik shin chan, komik doremon..., dan yang terbaru makan dan 'collect' kinder joy toys...., tapi along tak patah semangat dan along tetap berusaha dan terus berusaha..., mendaki, setapak demi setapak...., untuk menuju ke puncak kejayaan.  SALAM SAYANG DARIPADA MAK..., UNTUK DOKTOR PERMATA BONDA.....