Hari ni, aku nak cerita berkenaan dengan penghargaan dan sikap menghargai. Tidak usahlah kita kesal atau tangiskan jika orang lain tidak menghargai apa yang kita lakukan. Penghargaan daripada Allah SWT adalah lebih penting daripada seribu penghargaan di dunia yang fana ini. Ayat ni, ada aku letak distatus FB ku hari ni.
Walau bagaimanapun, hati terpanggil untuk menulis seketika, bercerita berkenaan anak gadis kecil ku. Walaupun dia baru berumur 8 tahun, tapi hatiku begitu tersentuh dan terharu dengan sikapnya. Pada petang tadi, sebelum pulang ke rumah, aku singgah ke rumah mak untuk mengambil barang2 dan pakaian anak2. Maklumlah..., kita berkerja, jadi waktu anak sekolah, mereka ku tumpangkan di rumah mak, kecuali anak lelaki yang no. 3, akan terus pulang ke rumah.
Sampai sahaja aku di rumah mak, si gadis kecil telah berlari larian mengejarku. Riang hatinya tidak terkira melihat ku pulang daripada kerja. Penat dan stress yang dirasai oleh ku sejak pagi tadi di pejabat, hilang sekelip mata apabila melihat wajah munggil dan comelnya. Bicaranya begitu keletah dan tersusun. Alhamdulillah, sepanjang umurnya 8 tahun ini, dia tidak pernah membuat aku bersedih ataupun berkecil hati dengannya. Sejak hadirnya dia dalam hidupku , terasa hidup ini lebih lengkap kerana sebelum ini aku telah mempunyai 4 orang anak lelaki dan dialah satu satunya penyeri di laman kehidupan saya....(Semua anak2 adalah penyeri hidup saya tanpa mengira jantina. Mereka adalah buah hati dan pengarang jantung saya. Mereka juga boleh membuatkan jantung saya berdegup kencang tatkala menunggu keputusan peperiksaan yang mereka lalui. Kadang2 lebih ibu daripada anak anak....hermmmmmmm....
Sehari sebelum, si comel telah menunjukkan kad kemajuan bulanan nya kepada saya. Alhamdulillah, dia begitu cemerlang dan mendapat tempat pertama didalam kelasnya. Oleh sebab kecemerlangan nya itulah.., ingin dikhabarkan kepada saya tentang hadiah yang diberi oleh neneknya. "Ibu..., ibu...., baby dapat hadiah daripada nenek....", katanya sambil berlari ke arah saya. "Oh...., yer ker????" tanya ku semula. "Yer lah ibu..., kesian nenek, susah susah ajer bagi baby hadiah....", baby suka sangat2....", katanya lagi. Nampaknya dia begitu bersungguh sungguh memberitahu ku kerana dapat hadiah daripada neneknya.
"Nenek beri baby apa???"..., tanyaku kembali. "Oh......, nenek beri baby duit...., 1 ringgit.....", katanya dengan gembira. "Oh......, yer ker????"...., tanyaku pura pura terkejut.... "Yer lah ibu...., nanti sampai kat rumah..., baby masuk kat tabung botol susu baby yer....?". "Ok...., simpanlah..." jawabku semula. Motif yang ingin aku sampaikan disini adalah, walaupun hadiah tu kecil saja nilainya..., tapi riak dan sikap menghargai yang ditunjukkan itu amat besar nilainya. Walaupun belanja sekolah sehariannya, aku beri lebih daripada apa yang didapati daripada neneknya, tapi.., dia pandai menghargai.....
Selepas solat waktu maghrib tadi.., ada lagi satu kisah yang dibuatnya. Kami solat bersama-sama. Sebelum aku membaca Surah Yassin, seperti biasa, ku berdoa untuk seisi keluarga dan juga anak2. Entah mengapa, mungkin dia terdengar doaku yang sedikit jelas di telinganya. Dalam doaku, selalu ku panjatkan doa untuk anak2ku, semuga mereka akan menjadi anak2 yang soleh, insan yang cemerlang dan gemilang untuk dunia dan akhirat. Tiba-tiba dia datang memelukku erat dan ku lihat air matanya mengalir perlahan dipipinya. Aku sedikit terkejut tetapi lepas itu aku senyum sepuasnya apabila dia berkata.."terima kasih ibu..., kerana doakan baby dan abang2....., baby sayang ibu sangat2...., baby juga doakan ibu sihat selalu, semuga ibu dapat melihat kejayaan anak2 ibu.....". Aduhaiiiiiii, terharunya aku....., kelu lidah untuk membalas kata katanya.....

No comments:
Post a Comment