Friday, 29 April 2011

PERKARA ANEH

Alhamdulillah..., masih berkesempatan menulis walaupun idea tak datang sebenarnya.  Tapi, saja nak merapu cikit...(eh..., merapu ker), tapi ni cerita benar yang ku alami.  Kali ni, kita cerita perkara2 aneh yang pernah kita lalui disepanjang hidup kita. Marilah kita bermula dengan alam persekolahan dulu. Kalau tak ada alam persekolahan, tidaklah ada alam pekerjaan kan??. hehehehehe.....

Mula menjejakkan kaki ke tingkatan 4.., tahun dot dot...., aku telah mula duduk diasrama.  Walaupun jaraknya dari rumahku tidak lah jauh sangat, dan tidak juga dekat..., tapi masih didalam peta negeri Melaka.  Mula-mula menjejakkan kaki ke asrama, hati dan perasaan dibelenggu rindu yang teramat kepada adik2 dan kedua orang tua serta nenek.  Walau bagaimanapun, ku cekalkan hati dan jiwa, bagi tujuan menuntut ilmu dan menjadi seperti apa aku nak jadi, untuk kebahagian diri sendiri dan juga kebahagian kedua orang tua.

Orang kata, kat asrama ni, banyak hantu. Banyak juga yang dah terjumpa. Sebelum ni, aku memang tak percaya cerita2 karut penduduk2 kat asrama ni. Ada yang jumpa kepala kat blok A, ada gak yang nampak benda terbanglah..., nampak bayang lah..., dan macam2 lah. Ada juga yang cerita dia mengerikan sikit.  Sedang berus gigi dalam bilek air, tengok cermin, kita berus gigi, nampak bueh ubat gigi. Orang kat sebelah, kita nampak darah....heeeeee..., seram!!.

Pada satu malam, aku berdua dengan kawan baikku, pegi ke bilek air. Rutin sebelum tidor.., mesti nak ke tandas dulu. Buang mana yang patut dibuang, tak kira besar atau kecil. Sapu bedak sejuk dimuka, mengalahkan muka zombe kampung pisang. Ubat jerawat...., dah macam corak pot ke dot, bersepah kat muka. Semuanya gara2 usia meniti remaja..., muka nak licin lah konon nya. Pantang jerawat ada hinggap sebiji dua..., punya lah risau,...., macam ada beban batu besar di kepala.....

Selepas sibuk menenyeh muka ngan bedak sejuk, tiba-tiba sebelah daripada ruang tempat aku bercermin, gelap. Seperti dilindung oleh bebayang. Aku lihat wajah temanku. Dia juga melihat wajahku.  Kami berdua menjadi tergamam dan tidak dapat bergerak. Bayang2 gelap itu bergerak gerak dan tiba2 ku lihat ianya seperti jerami yang terurai....., bayangan seperti rambut yang panjang!!!!. Cabuttttt........., tiba2 aku dapat power dua kuasa kuda. Berlari beriringan dengan temanku....., 

Sampai di dorm..., aku pun jadilah nenek kebayan, cerita seperti yang kami alami. Malangnya kengkawan ada yang tak percaya dan ketawakan kami. Aku tidur malam tu, dengan berkongsi katil dengan teman sebelahku. Tiba-tiba terasa seram nak tidor sendiri.., walaupun jarak katil ku dengan katil teman, hanyalah tiga kaki sahaja....

Cerita itu berlalu begitu sahaja..., dan lama2 ianya hilang dek kerana kesibukan kami masing2. Apa lagi, tahun itu, adalah tahun penentuan kami setelah kami menamatkan tingkatan 5 nanti.  Sebab nak periksa SPM, barulah sibuk buat sembahyang hajat dan solat sunat di tengah malam. Sembahyang tak ikhlas tu..., sembahyang kerana ingin meminta lebih daripada Allah, supaya kami boleh menjawab semua soalan dengan senang dan dada yang lapang.....

Satu malam, aku sembahyang seorang diri di bilek sembahyang. Ala...., apa lah nak ditakutkan. Kawan2 ramai yang sedang mentelaah di koridor, kerana undang2 asrama masa tu, boleh terang sehingga jam 11malam. Jadi, kami ramai2 ambil kesempatan membaca di bawah lampu koridor...., pandai2 ler. Yang penting tidak menganggu orang lain.

Baru sembahyang satu rakaat, sementara ingin berdiri untuk ke rakaat yang kedua, tiba2 ada seekor kucing hitam melompat masuk melalui tingkap ke bilek sembahyang. Aku terkejut yang teramat. Kusyuk entah kemana......!!!. Aku berlari sekuat hati daripada bilek sembahyang di bahagian bawah dan menuju ke tingkat satu, untuk menuju ke dorm ku. Kawan2 yang sedang kusyuk membaca, amat terkejut kerana aku berlarian dengan memakai telekung!!!!. Kawan2ku yang terkejut, menjerit jerit bagaikan terkena histeria!!.....,

Perkara ini berlarutan hingga dibawa ke warden asrama puteri.  Ustazah Sham begitu marah apabila mendengar cerita yang bebudak menjerit bak histeria, bukannya ternampak hantu, tetapi ternampak hantu jelmaan tiruan iaitu aku.

Kes ni, dibawa mesyuarat oleh ahli2 lembaga disiplin asrama puteri. Maka..., terhukumlah hantu tiruan dengan hukuman membersihkan bilek mandi dan juga tandas. Itu jer lah hukuman yang selalunya....errrrrrrgggggghhhh, geram nyer aku saat itu. Hanya Allah saja yang tahu...

Tahun berganti tahun, alam sekolah telah lama ku tinggalkan. Aku melangkah pula alam rumah tangga.  Sebulan selepas melangkah alam rumah tangga.., kami berpindah untuk hidup sendiri. Orang kata, hidup sendiri lebih manis daripada kita bergantung terus kepada orang tua.  Lagipun, ada lagi orang kata, biar banyak rumah, jangan serumah. Apa lagi kalau kita tinggal dengan keluarga mertua.  Segala galanya akan jadi perhatian. Pandai atau tidak anak menantu dia orang melayan anak lelaki atau pun anak perempuan mereka. Bagi yang perempuan, mesti mak mertua nak tengok, pandai atau tidak memasak makanan untuk suami dan juga mengemas rumah. Kemudian, barulah dinilai..., boleh atau tidak mendapat anugerah menantu mithali....hehehehehehe

Keadaan rumah yang baru sahaja dapat CFO, kiri kanan rumah masih kosong.  Adalah selang dua atau tiga baris, barulah ada yang baru duduk.  Walaupun begitu, rumah yang aku diami bersama suami.., agak kehujung lah sedikit......
Setiap hari, aku akan pulang dulu ke rumah sendirian dan suami akan sampai ke rumah pada sebelah malam. Paling cepat dia sampai, dalam kul 9 malam. Begitulah hari2 ku selama beberapa bulan.

Pada satu malam..., aku terasa ingin ke tandas. Tiba-tiba perut buat irama lah pulak. Tak tahu apa yang aku makan siang tadi. Dalam keadaan yang terpisat pisat, aku terus melangkah ke bilik air. Tiba-tiba aku begitu terkejut!!, kerana didalam bilek air, tersusun potongan rambut yang panjangnya agak agak sekaki. Adalah secekak agaknya rambut tu. Rambut tu tersusun jer di tepi mangkuk tandas cangkung tu....

Aku sungguh terkejut, lalu ku ambil sebaldi air yang kebetulan ada disitu. Ku siram rambut tersebut dan kemudian aku plush in. Hilang sudah rasa memulas dan hilang sudah irama yang mencengkam yang sebelum ini melanda aku. Aku berlarian ke bilek dan ku gerak kan tubuh suami yang sedang lena...., "bang..bang...bang.., bangun lah..., takut ni..!!". Setelah beberapa kali gerak, barulah si suami bangun sambil mengosok gosok matanya yang tidak gatal. Gosok mata kerana silau lampu yang terbuka!!

"Alaaaa....., naper ni???. buat terkejut jer..." kata suami padaku. Lalu ku ceritakan kepadanya apa yang berlaku. Permulaan..., pertengahan....dan penghabisan......, . Membulat matanya mendengar ceritaku dan dengan wajah yang tidak percaya, dia terus menuju ke bilek air. Malangnya.., hanya sisa2 rambut  yang tinggal dalam beberapa helai..., yang lainnya telah di "plush in" oleh ku tadi.....

"Mana ada rambut ni....., mungkin adik yang potong rambut siang tadi kot???..., tanya suami. "Takkkk..., mana ada potong rambut. Tak kan nak potong sendiri. Nak potong rambut, kena lah pergi salon..." kata ku lagi. "Alaaa...., sudahlah tu..., mimpi agaknya. Dah... gi tidur tu...".

Sejak perkara tu berlaku..., hati tak girang dok kat rumah. Terasa diriku diperhatikan, walaupun ku tahu itu hanyalah mainan perasaan.  Lama kelamaan..., minat untuk aku terus tinggal disitu, telah terkikis dan terhakis. Ku khabarkan kepada suami, dan Alhamdulillah..., dia bersetuju untuk berpindah. Maka berhijrah lah aku ke kawasan perumahan yang lain pula.....

Itulah sebahagian cerita aneh yang aku alami. Kini aku sedar, sebenarnya semua makhluk tu ada. Yang kita tak nampak tu, memang dia begitu. Kalau dah nampak.., dah lain kes lah pulakkkkk. Emmmmmm...., kadang2 keseraman datang menjenguk kan wajah....., kita..., baca lah apa yang kita tahu, untuk menghindari ketakutan yang ada. INGATLAH...., ALLAH SENTIASA ADA UNTUK HAMBA2 NYA....

No comments:

Post a Comment