Kali ni, teringin lah pulak nak bercerita telatah anak anakku semasa mereka kecil. Walaupun sekarang ni, mereka sedang menginjak remaja dan akan dewasa tak lama lagi, tapi ingatan dan kenangan manis itu masih lagi kekal dimemori ku. Setiap yang manis akan terus manis di lipatan hati dan setiap yang pahit itu, akan terus jadi penawar, mengiringi perjalanan kita untuk menuju kebahagian.
Cerita ini berlaku semasa along berumur 1 tahun 3 bulan. Dan aku pula, sedang sarat mengandung anak kedua. Dah tujuh bulan setengah masa tu. Dalam keadaan yang serba serbi lelah dan letih, aku masih lagi boleh melayan karenah si kecil, walau dalam apa keadaan sekalipun. Anak kecil, hati mereka perlu dijaga. Walaupun masih belum tahu menilai, tetapi hendaklah kita bentuk dan belai. Hendaknya, hati sikecil jangan rasa tersisih dan sedih.
Pada awal tahun 1994, aku dan suami mendapat berita yang mendukacitakan, yang mana ayah mertuaku, Haji Abdol Samad bin Mohd. Dom, telah disahkan menghidapi penyakit 'kanser prostat'. Arwah telah dimasukkan ke hospital Batu Pahat untuk menjalani rawatan. Aku dan suami akan meluangkan masa ku iaitu setiap hari jumaat malam sabtu, kami akan bertolak ke Batu Pahat, rumah mertua. Selalunya, kami bergerak pada sebelah malam iaitu diantara pukul 12.00 hingga 12.30 malam, bergantung kepada lambat atau cepatnya si suami pulang dari tempat kerjanya di Kuala Lumpur. Beginilah hidupnya 'weekend married'. Jumpa hanya hari sabtu dan ahad. Ianya berlangsung selama 6 hingga 7 tahun lamanya. Walaupun selalu terpisah, hati dan perasaan aku tidak pernah berubah. Tetap sayang dia selama lamanya....
Tiba waktu melawat, aku sekeluarga akan pergi ke hospital seperti biasa. Bila sampai hospital, along begitu gembira sangat-sangat. Menjejak kan kakinya ke hospital, seperti pergi main dekat 'play garden' pulakkk. Along akan berlari kesana, berlari kesini, ikut suka hati dia jer....., apalagi aku yang sarat ini ingin mengejarnya. Tak larat sungguh.
Bila along terpandang kepada doktor-doktor disana, along akan selalu senyum-senyum. Bila nurse sibuk tolak troli dengan papan rekod kesihatan pesakit, along sibuk usik-usik barang dia orang. Kadang-kadang, along sibuk jer ambil dan main pen, papan catitan dan apa-apa jer yang ada kat troli tu. Alhamdulillah, nurse-nurse dan doktor2 kat situ paham. Budak kecil lah katakan. Takkan lah dia orang nak marah pulakkkk....
Kadang2, sebenarnya aku yang mendidih darah, bila tengok gelagat along. Tapi, cepat2 aku mengingati diri dan tidak aku lepaskan kemarahanku kepada si kecil sesuka hati. Alhamdulillah. Bersyukur aku sangat2 kepada Allah SWT, masih memelihara tingkah lakuku. Tidak sesekali ingin ku sakiti permata hatiku....., dan sesungguhnya amanah Allah ini, hendaklah dijaga dan dibelai dengan sebaik baiknya.
Pada minggu lawatan yang lain pula, along masih dengan ragamnya. Kali ni, dia berlari lari keliling blok hospital. Nasib baiklah hospital Batu Pahat masa tu, tak ada tingkat-tingkat. Bentuknya macam rumah teres saja. Cuma, banyak blok dan berbelok belok. Tiba-tiba along hilang. Berpeluh aku mencarinya. Hati semakin resah kerana along masih tidak kelihatan. Aku semakin risau, takut anakku diculik.
Apabila aku melalui disatu lorong, disitu ada sebuah bilek stor kecil. Tertulis kat situ, bilek simpanan barang-barang untuk kerja-kerja pembersihan. Nampak pintunya terkuak sedikit. Tidak pula terlintas dihatiku untuk memasuki bilek tersebut. Sedang aku ingin berlalu, aku mendengar suara kanak-kanak tertawa. Aku amati suara itu dan ku hampiri semula bilek stor tersebut. Tiba-tiba along mengeluarkan kepalanya daripada timbunan beberapa batang mop disamping susunan kotak-kotak. "eeeeeer eeee, hehehehe" sungguh-sungguh dia ketawa. Alangkah gembiranya hati, sebab along telah ku temui. Geram nyer pasal, kena lah cubit secubit dua.....
Kadang-kadang..., along suka-suka jer lalu kat lorong 'rumah mayat' disana. Aku yang dewasa dan semakin tua ni pun, kadang-kadang seriau gak nak lalu kat situ. Tapi, dia boleh lagi menjengah kat tingkat kecil yang sememangnya rendah parasnya disitu. Entah apa yang menarik minatnya....eeeeee, tak nak lah aku menjengah kat situ......
Doktor-doktor dan jururawat yang lalu lalang, semuanya disapa. Alahai..., peramahnya anak aku. Baru setahun lebih tu, tapi dah peramah dah. Ikut maknya ker???...hehehehe, mungkin juga. "Malaysia Meriah"....., lagi satu, orang peramah ni, ramai kawan. Betul ker??. Waallah hu alam....,
Setelah beberapa minggu dihospital, aku mendapat perkhabaran sedih daripada keluarga suamiku. Ayahnya telah pergi di jemput Ilahi untuk selama lamanya. Along belum puas lagi bermesra dengan datuknya. Lagipun, along kecil lagi masa tu. Tapi...., sempatlah juga along panggil datuknya....., "datukkkkk...., datukkkkk...., datukkkkk.., dan datuknya sentiasa menjawab panggilannya walaupun dengan panggilan yang lemah masa tu. "yer...., yer....., yer..." , "ayap nanti dengar cakap mak ngan abah tau. Ayap jangan nakal-nakal. Tak lama lagi, ayap dapat adik tau....., beritahu arwah bapa mertuaku pada along. Along pun mengiyakan nasihat datuknya..." datukkkkk, yer datukkkk, yer datukkkk...., hehehehe dengan mukanya yang comel, rambut tercacak dan menyeringaikan giginya yang belum cukup sifat tu....
Setelah 18 tahun berlalu, bila ku ingati semua tingkah laku anakku, rupa-rupanya memang dia minat nak kerja kat hospital ni....., dari kecil dah cenderung ngan selok belok hospital..., rupa-rupanya nak jadi seorang doktor.....
Alhamdulillah...., doa mak ngan abah, sentiasa mengiringimu anak ku. Bukan hanya ketika mak berada di tikar sembahyang, berdoa untuk kejayaan anaknya, tapi setiap saat dan ketika. Setiap detik jantung mak berdegup, doa mak tidak akan putus untuk along. Mak telah halalkan susu yang along minum sejak kecil. Susu itulah yang telah menjadi darah, dan mengalir disetiap genap sarafmu..., bersama kasih sayang mak yang tidak pernah berbelah bagi, antara along dan adik2....,
Selamat maju jaya anakku. Semuga, mak akan dapat hantar along ke airport, bilamana along akan melanjutkan pelajaran ke Ireland dan mak dan abah akan dapat ke Ireland, satu masa dan ketika, yang mana ketika itu, along akan dinobatkan sebagai doktor dengan adanya anugerah degree yang pertama.
Along....., tak kisahlah kalau along suka baca komik budah getah, komik shin chan, komik doremon..., dan yang terbaru makan dan 'collect' kinder joy toys...., tapi along tak patah semangat dan along tetap berusaha dan terus berusaha..., mendaki, setapak demi setapak...., untuk menuju ke puncak kejayaan. SALAM SAYANG DARIPADA MAK..., UNTUK DOKTOR PERMATA BONDA.....

No comments:
Post a Comment