Abah.....,
Tiba-tiba rasa rindu sangat sangat. Abah telah pergi meninggalkan aku sejak 11 tahun yang lalu. Masa abah pergi, aku sedang sarat mengandung anak ke empat. Abah pergi kerana menghidap penyakit 'diabetis' yang kronik sehingga dua biji jari kakinya dibuang. Telah macam-macam usaha yang aku lakukan untuk mengubati penyakitnya. Kuasa Allah, tidak ada siapa yang boleh menolaknya. Dalam masa aku terboyot boyot mengandung tu, aku masih sempat menjadi 'driver' abah dan bawa saja ke mana abah nak pergi termasuk membawa abah membuat rawatan harian di sebuah klinik yang berhampiran. Untuk abah, aku akan berkorban apa saja termasuk harta dan wang ringgit. Apa gunanya harta dan wang ringgit, jika abah tidak dapat aku jaga dengan sebaiknya.
Terkenang aku semasa aku mula-mula ingin belajar memandu. Abahlah yang mengajar aku sehingga pandai. Walaupun aku dilatih oleh pengajar profesional daripada sekolah memandu, tapi aku rasa abah lebih cekap. Aku boleh tabik kat abah. Dia mengajar aku penuh sabar dan tabah, walaupun semasa aku memandu, kaki abah sentiasa terangkat angkat...(nak jadi assistant brek ler tu...). Pernah satu ketika, sedang aku belajar memandu dengan abah, hujan telah turun dengan selebat lebatnya. Jalan pulak berliku liku. Memang mencabar!!. Tapi, Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah dan aku berjaya meneruskan pemanduan walaupun dalam hujan lebat.
Cerita pasal penyakit abah, doktor yang merawat ada beritahu supaya abah dapat membuang sebahagian kakinya iaitu hingga ke paras lutut. Abah tidak setuju. Abah kata, kalau nak mati, tak payah nak tunggu buang kaki atau tak. Sesaat pun Allah tak kan tunggu. Lagipun, abah kata, kalau dia mati, biarlah semua anggota badannya ditanam serentak. Bukannya kaki di tanam dulu, kemudian dia baru menyusul....
Ubat-ubatan, baik yang moden atau tradisional, jangan cakaplah. Pantang aku dengar ada ubat atau produk baru untuk pesakit diabetis, mesti aku yang dulu mencarinya. Yang penting, abah boleh sembuh dan ceria seperti sedia kala. Semasa abah di hospital..., tidak pernah sehari pun aku ponteng daripada melihatnya. Jika aku tidak berkesempatan berjumpa abah di sebelah tengahari, aku akan melawat abah sebelah petang.
Keadaan abah kembali teruk apabila selesai membuat pembedahan kecil (tebuk) dibahagian perut. Abah kelihatannya lemah sekali. Abah beritahu mak, dia teringin nak makan mee hoon ala singapore yang mak selalu buat. Sempatlah mak buat untuk abah dan dia makan begitu berselera sekali. Pihak hospital membenarkan abah pulang ke rumah setelah abah menolak untuk membuang sebahagian kaki kanannya.
Abah rasa sangat gembira apabila dibenarkan pulang. Sibuk pula aku mencarikan abah tongkat dan berusaha untuk membelikan sebuah kerusi sorong untuknya. Setelah genap seminggu abah di rumah, abah pergi menyahut seruan Ilahi iaitu pada 7hb November 2000, lebih kurang jam 9.30malam. Sememangnya aku terlalu sedih dengan pemergian abah, tapi aku redha. Allah lebih menyayanginya daripada kami semua.
Aku sedih bila teringatkan bertapa sayangnya abah kepada kami adik beradik dan juga mak. Kasih abah juga tiada sempadannya. Teringkat aku semasa kecil, rumah kami tidak punya peti television untuk menonton. Bila nak tengok tv, kena pergi rumah jiran dan beramai ramai, macam nak gi tengok wayang. Bila abah telah menamatkan kerjanya di Australian (Cristmas Island)..., bila abah balik ke rumah, abah terus ajak mak gi beli television untuk kita orang. Abah kata, tak yah nak merayap malam2 nak gi tengok tv rumah orang lain...
Bila tak ada lauk nak masak, abah ajak kami adik beradik dan mak, meneman abah untuk menjala ikan di laut yang berhanpiran. Pukul 1 atau 2 pagi bukan masalah bagi kami. Kalau mak teman abah, kita orang (4 beradik), berduyun duyun menyibuk sama. Bila bab menjala ni, abah dapatlah ikan gelama ataupun belanak untuk dijadikan lauk keesokkan hari.
Abah...., rinduku selalu bertandang dan mengebu. Hanya Al Fatihah yang dapatku sedekahkan buat abah. Semuga abah aman dan damai disana....., AL-FATIHAH.....

ingatan pada jasa2 orang tua kita, akan sentiasa dilipatan sanubari selamanya....semoga rohnya dicucuri rahmatNya...amin
ReplyDeleteSwing..., tkasih. Tanpa orang tua, tiadalah kita. Bertapa rindunya hati saya kepada arwah yang telah tiada. Al Fatihah untuk arwah abah dan umat islam yang terdahulu meninggalkan kita. Tkasih kerana mengikuti.
ReplyDelete