Agak lama tak update. Tak ada idea untuk ditulis kerana kesibukan tugas. Walau bagaimanapun, di petang ini, terasa terpanggil untuk menulis. Payah untuk menunggu idea yang spontan yang datang. Ianya datang, tanpa di duga dan tiba-tiba juga boleh hilang. Maka jadilah kita seperti seniman yang kehilangan ilham. Walaupun sebelum tu, mencurah curah cerita yang hendak diluah dan dipaparkan. Pengalaman hidup, bukannya seperti mempelajari pelajaran di sekolah. Di sekolah, kita di ajar guru, mengkaji dan mentelaah. Ada ketika, kena menghafal, mengingati fakta dan juga formula. Bila dah menghafal, mengingati fakta dan formula, kita praktis pula serta biasakan dengan menjawab soalan2 yang ada. Begitulah alam persekolahan dan alam pembelajaran. Lagi tinggi belajar, lagilah payah dan susah. Tapi, jawapannya sama. Orang2 yang rajin berusaha, itulah calon mereka2 yang berjaya.
Pengalaman hidup pula, bukannya seperti buku, yang boleh dihafal dan dibaca. Ianya datang setiap detik.., hari kehari dan setiap kali itulah helaian hidup kita akan bertambah. Samada ianya berbentuk duka, ceria dan bahagia. Semuanya mematangkan kita dan kita juga akan menjadi insan2 yang bahagia bila kita berjaya menanganinya.
Siapakah antara kita yang inginkan duka itu datang bertandang????. Tiada sebenarnya. Tidak sama sekali. Tapi, sebagai manusia biasa., cerita duka itu akan datang juga. Ianya akan datang dan kemudian pergi, bergantung kepada seseorang itu sendiri untuk menangani...
Teringat aku kepada seorang teman.., seorang wanita yang jelita dan bergaya. Tekanan perasaan buatkan hatinya tidak tenteram dan sering berduka. Walaupun punya rupa dan jelita..., perasaan yang bahagia itu tidak selalu miliknya. Inilah dugaan yang harus ditanggung dan duka yang tidak lagi terbendung....
Doaku untuknya, sabarlah dengan apa yang menimpa. Walaupun kita hanya boleh berkata kata..., berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi, itulah bahagiannya buat masa ini. Allah lebih mengetahui dan kita yang memandang, hanya boleh nasihat dan berdoa untuknya.
Semuga, satu masa dan ketika.., segala cerita duka akan terlerai dan segala kekusutan akan terungkai. Pesananku untuk dia.., semuga akan sentiasa tabah. Hanya itulah yang mampu ku perkatakan. Semuga juga, kesihatannya bertambah baik dan fikirannya bertambah tenang dan bahagia. Walaupun sebelum ini, hatinya telah disakiti oleh INSAN YANG MEMPUNYAI HATI YANG BINASA......,
Salam sayang buat adikku yang mengerti....A---

No comments:
Post a Comment