Assalammualaikum.
Lama sudah tidak menulis disebabkan kesibukan kerja seharian. Namun hari ini, ku cuba jua untuk menulis walaupun diriku dibelenggu oleh kekaburan idea dan otak yang letih kerana kerja disebelah siangnya.
Sedang aku termanggu, terkenang pula kejadian siang tadi di pejabat. Namun, kita kena terima setiap kejadian itu dengan semangat yang kuat. Niat kita mestilah satu. Bekerja kerana Allah. Bekerja dengan niat yang ikhlas dan bersedia menghadapi rintangan dan cabaran.
Berkerja sebagai pengurus kewangan di sebuah syarikat pembinaan yang kecil, adalah lebih sukar bagiku. Keadaan kewangan syarikat yang masih belum stabil dan hutang yang bertimbun, adalah cabaran yang hebat. Alhamdulillah, walaupun berat dan sukar, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejak hadirnya aku disini, aku berjaya mengurangkan jumlah hutang syarikat dengan membuat penstrukturan semula.
Aku bersedia dimaki, dimarah dan ditengking herdik oleh manusia manusia yang tidak pernah ada kesabaran dihatinya. Tidak ada sikap lemah lembut di lidahnya dan tidak ada rasa sahabat dijiwanya. Semuanya ku telan dan ada kalanya ku tepis juga dengan sepotong dua ayat yang tegas. Jangan biarkan sikap separuh daripada separuh mereka, menganggu dan mengoyangkan ketegasan yang cuba kita bina dan pertahankan sekian lama.
Bagi kamu, orang orang kaya di luar sana, walaupun syarikat tempatku bekerja mempunyai hutang dengan syarikat tuan dan puan besar, tapi kami tidak melepaskan terus dan menghilangkan hutang tersebut . Setiap bulan, kami berusaha untuk menjelaskan hutang hutang yang tertunggak dan sebenarnya ianya berkurang dari bulan ke bulan.
Wahai tuan puan yang perasan kaya tu. Ingatlah, ini semua adalah harta dunia dan pinjaman semata mata. Janganlah terlalu ego dan sombong sehingga menetapkan yang seseorang itu hanya layak di maki atau dicaci. Aku tidak mengharapkan untuk kamu menerima balasan dalam sekelip mata, tapi harta dunia, sekejap sahaja Allah boleh tarik semula dari kamu. Allah Hu Akbar. Pedihnya makian kamu siang tadi, masih terasa hingga kini. Tidak pernah kah kamu terfikir, sedang kamu berjalan jalan atau memandu dengan kereta mewah kamu, tiba tiba Allah boleh turunkan bala dan kebahagiaan akan direntap juga dengan sekelip mata???? Rasa bahagia dan kekayaan yang kau ada tetiba hilang dan pudar..,
Aduhai hati yang rapuh ini. Walaupun terasa pedih dan pilu menerima penghinaan, kuatlah. Tabahlah...., kau terimalah ini sebagai amanah dari majikan untuk kebaikan semua. Semoga hatiku bertambah kuat dan bertambah tabah..., wahai hati Rashidah..., kuatlah!!!!!!

No comments:
Post a Comment