Saturday, 9 April 2011

TERKENANG SEMASA DULU..

Tiba-tiba bosan tahap jingga lak malam ni. Tapi nak cerita lah jugak. Dah cuba untuk tarik nafas sedalam yang mungkin, melepaskan stress dan keletihan diwaktu siang.  Balik kejer kul 1.00 ptg tadi, singgah rumah mak, menumpang makan jap, kemudian pergi rumah mak ngah (kakak arwah abah), untuk bincang masalah keluarga, pasal peninggalan tanah arwah abah, kemudian gi lak rumah mak busu, cerita yang sama dan dalam seminggu dua ni pulak, akan ke singapura untuk jumpa mak long, perkara yang sama juga. Cuma yang berat sikit, mak long sekarang tak berapa nak sihat, nanti kena bawa dia di kedutaan malaysia di singapura untuk dapatkan tanda tangan dia didepan pegawai kedutaan disana....., alahai lecehnya. Bila citer bab-bab pusaka ni, memang remeh dan leceh..., tapi terpaksa lah juga diuruskan..

Okey..., kita tinggalkan dulu bab pusaka..., ni nak citer kisah anak2 masa kecik lagi.  Cerita ni berlaku, sekitar pertengahan tahun 1994.  Masa tu si along berumur 1 tahun 8 bulan, angah berumur 3 bulan lebih. Masa tu, cik abang dan aku, masih lagi dalam keadaan "weekend married".  Apa nak dibuatkan. Terpaksalah hadapi demi menjana ekonomi untuk keluarga terutama anak2.

Disebabkan selalu berpisah, teringin lah pulak untuk 'stay' ngan cik abang seminggu dua di tempat kerjanya. Maksud aku, dirumah sewanya di Kuala Lumpur.  Tak silap aku, di sebuah pangsapuri di daerah segambut, KL.  Bila waktu siang..., abang pergi kerja, tinggallah aku dengan dua orang anak. Along dan angah.

Dikesempatan yang ada, aku mencuci baju. mengemas rumah dan memasak lah "sesimple" yang mungkin. Selepas mencuci pakaian, aku pun membuat urusan untuk menjemur pakaian pula.  Disebabkan pangsapuri yang aku tinggal ni, tingkat 4, maka urusan jemur menjemur ni, kena lah buat dibahagian 'balkoni' yang dipisahkan oleh pintu sorong kaca.  Sedang sibuk menjemur pakaian, tiba-tiba aku dengar bunyi berdetap dibahagian pintu cermin.  MAKKK AIIIIII, along dah tolak selak pintu cermin keatas.  Keadaan yang demikian, menyebabkan along dan angah terkunci didalam rumah dan aku terkunci diluar, kawasan balkoni. Aduhaiiii, tak kan lah nak terjun lakkkk, lain lah kalau aku ni boleh jadi spider woman.

Puas juga aku arahkan along, untuk turunkan semula selak tu ke bawah.  Tapi dalam keadaan umurnya yang baru 1 tahun 8 bulan dan kedudukan selak tersebut memerlukan along bertinjet sedikit, menyebabkan arahan aku dari luar adalah agak sukar untuk diterimanya.  Fikiran aku semakin semak dan kusut. Aku telah menangis tiba-tiba, sedangkan anakku si along, tak menangis langsung. Buat muka blurrr......, nasib baik adiknya yang baru berumur 3 bulan, sedang nyenyak tidur diruang tamu. Aku boleh melihat kedua dua anakku dengan terang, kerana pintu slidding tersebut tidak mempunyai langsir ataupun tirai.

Aku nekad untuk menendang pintu kaca tersebut.  Pecah pun tak per, yang penting pintu tu terbuka.  Aku tendang2 dengan kuat, sambil menyuruh along lari dari kawasan pintu tersebut.  Semakin kuat ku tendang, tenaga ku semakin lemah, sedangkan pintu tersebut tidak pula bergerak sedikitpun. Sedang sibuk menendang, adalah hamba Allah kat bawah tu, menjerit kat aku. Seorang lelaki. "..Dik...dik....dik..., awak kenapa??. terkunci ker??".., tanya lelaki tersebut. "yer bang, saya terkunci kat sini, dua orang anak saya didalam.." jawab ku cemas.  "suami awak maner''...., tanya abang tu lagi.    "Suami saya kerja...., sekarang ni dia berada di seremban lak tu,,", kataku lagi.

"Awak dok diam-diam. Jangan tendang lagi pintu tu. Kalau boleh buka, okeylah. Tapi takut pintu tu pecah dan membahayakan nyawa anak awak pulak...", katanya lagi.  "Oh...., iya tak yer juga. Malang tidak berbau. Takutnya saya..."....., kataku cemas.  "Nanti saya carikan awak tukang kunci. Rumah dia kat hujung blok rumah saya tu. Doa-doa lah semuga tukang kunci tu belum keluar kerja. Awak tunggu yer..".., kata abang itu lagi.  Alhamdulillah, masih ada insan perihatin yang ingin menolong...,

Setelah menunggu hampir sejam, akhirnya si tukang kunci, dapatlah abang tu temui. Pintu pansapuri, dapat dibuka dengan selamat dan aku juga terlepas daripada kesesakkan nafas kerana risaukan kedua dua anakku. Alhamdulillah...., kena lah bayar si tukang kunci RM25.00. Berpuluh kali aku ucapkan terima kasih kepada abang yang telah menolong aku. Jika tidak, terpaksalah bersidai aku diluar sehingga menunggu kepulangan suamiku pada sebelah petang.

Dua tiga hari selepas itu, along buat perkara yang sama, tapi kat dalam bilek lah pulak.  Dia tekan tombol pintu, tapi tak boleh pulak pulas untuk  membukanya dari dalam.  Aku dengar suara along menangis dan mengetuk2 pintu tersebut. Alhamdulillah, masa tu, adalah rakan suamiku dirumah. Nama dia abang nan.  abang Nan jerit kat along suruh dia menjauhi pintu tersebut.  Abang nan ambil sebuah buku yang tebal, letak kat tombol pintu luar, kemudian tendang tepat kat tombol tu. Alhamdulillah..., terbukak lah pintu tersebut.

Aduhaiiiii...., along...along....., AHMAD ALBAB!!!. lah pulakkkkkkk

1 comment: