Wednesday, 13 April 2011

PENGALAMAN NGERI

Hari ini, nak cerita pasal pengalaman ngeri yang aku pernah alami. Rasanya baru tadi jer berlaku. Masih teringat ingat dan masih terbayang bayang di kotak ingatan.  Ingin aku lontarkan ianya jauh jauh, tapi ingatan dan igauan itu kadang-kadang datang, walaupun kengkadang dia menghilang....

Peristiwa pertama, berlaku beberapa tahun yang lampau. Masa tu, aku sedang menaiki kenderaan dengan sahabatku. Biarlah aku namakan dia sebagai kak maz. Kami memang rapat. Boleh bercerita dan meluahkan apa yang kami rasa. Kesedihan, kegembiraan, semuanya kami kongsi bersama.  Kak maz banyak idea, maklumlah seorang general manager..., memang banyak fikiran dan ulasan.

Sambil memandu, kak maz rancak bercerita. Aku duduk disebelah, menumpang gelak, jika ada cerita-cerita yang mencuit hati kami berdua. Dari cerita bab2 kerja, sehinggalah cerita-cerita yang membabitkan diri sendiri.  Sedang rancak bercerita, tetiba kami terlihat sebuah lori crane (yang ada cangkuk besi kat depan tu..), seolah-olah menghala ke arah kami.  Aku tidak tahu bagaimana ianya datang, kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan aku dan kak maz tergamam.

Alhamdulillah, kak maz memang pemandu yang cekap. Sepantas kilat dia memutar arah. Alhamdulillah, tiada kenderaan lain masa tu. Jalan pun, agak lenggang. Jika kak maz tidak berbuat demikian, mungkin cermin hadapan kereta dihentak oleh pencangkuk besi tersebut. Ya Allah...., tak dapat ku bayangkan keadaan kami masa tu....

Baru baru ni, maksud ku dua tiga hari yang lepas, aku alami peristiwa ngeri yang seakan akan dengan yang pertama. Kali ini, kami bertiga. Aku memandu, sebelahku dan dibelakang, kawan sepejabat. Kami keluar untuk membeli alatan pejabat sambil tu keluar makan tengahari.

Dalam perjalanan pulang, kami melalui disebatang jalan yang sempit, ditengah tengah bandar melaka. Di kawasan tersebut, banyak lori lori kargo memunggah barang barang. Selalunya kesibukan tu lebih terasa apabila waktu pagi.  Tiba-tiba ada sebuah lori kargo yang bersendi dan badannya pula daripada besi, ingin menukar laluan tetiba.  Mungkin disebabkan badannya yang tinggi, tidak membolehkan pemandu tersebut melihat kereta ku di belakangnya. Lori tersebut terus mengundur, sedangkan aku tidak lagi boleh mengundur ke belakang kerana kenderaan terlalu padat di belakang yang menyebabkan juga tidak dapat mengizinkan aku untuk melarikan kereta ku.

Teman disebelah hanya menjerit.."akak.., akak...akak..". Yang duduk kat belakang pula, sibuk cakap, "akak..., cepat bunyikan hon!!".  Yang aku pula, bagaikan terpukau dan terpana..., hanya memandang lori yang semakin mengundur.  Tiba-tiba, aku bagaikan terkejut dari mimpi, apabila aku mendengar bunyi hon bertalu talu dibelakang dan sekeliling ku. Rupa rupanya banyak kenderaan yang menjadi assistant hon, termasuk mat mat motobike yang ada disitu. Semuanya menunjukkan rasa marah pada pemandu lori tersebut.

Alhamdulillah...,pemandu lori tersebut terkejut juga dari mimpinya. Semasa dia menghentikan lorinya, jarak antara lori dan keretaku adalah lebih kurang 2 kaki sahaja. Fuuuuhhhhhh, KUSSS SEMANGAT!!. Selepas lori itu terhenti, barulah aku boleh menarik nafas dengan betul dan lega....

Sahabatku yang duduk dibahagian belakang berkata.."kak..., kalaulah lori tu gelek kat kita tadi...., saya tak dapat bayangkan keadaan akak berdua...". Kalau saya hidup pun, sebab saya kat belakang, tapi kejadian ni, akan menghantui saya seumur hidu..". Alhamdulillah, kita bertiga selamat...".

Bila ku amat amati kembali...., apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kejadian itu juga adalah amaran dari Allah buat hamba hambaNYA yang terleka dengan urusan dunia.......
SUBHANNALLAH....!

1 comment:

  1. wahhh pengalaman ngeri tu kak shidah... berhati2 memandu...

    ReplyDelete