Saturday, 26 March 2011

HUJAN OH HUJAN

Terpanggil pula untuk catitan ku yang ketiga. Kali ni, nak cerita pasal hujan. Teringat diriku dizaman kanak-kanak. Bila datangnya hujan, hati telah berbunga riang. Terbayang percikan air di padang, begitu kemilau dan memanggil manggil pula. Bila saat hujan turun, aku dan adikku yang kedua, akan berlumba-lumba berkubang di parit berhampiran rumahku....

Mungkin rasa agak kasar perkataan berkubang tu. Selalunya berkubang tu, diberikan kepada haiwan (kerbau atau lembu) yang berkubang di lopak2 air di padang ragut. Tapi, rasanya..., aku nak juga guna perkataan berkubang tu. Bahasa tu lah yang ditujukan oleh nenek kepada kami dua beradik.

Tak cukup dengan itu, kami sama2 membina lopak dan empangan kecil, untuk menangkap si ikan betuk. Alangkah gembiranya saat itu. Semakin hujan lebat, kami semakin rancak bermain dan bermandikan hujan. Tanpa takut dan gentar apabila sesekali terdengar juga guruh berdentum dan kilat sesekali menyabung.

Ikan yang ditangkap, bukannya untuk dimasak, tapi kami simpan pula dalam tempayan nenek yang agak besar.  Tempayan tu, letaknya diluar rumah, jadi senanglah kami menyumbatkan ikan ikan tersebut.  Pada satu waktu, nenek begitu bising kepada kami kerana menyimpan ikan2 tersebut di tempayan mileknya.  Maklumlah..., tempayan tu, nenek gunakan untuk menyimpan air basuhan kaki sebelum menjejakkan kaki memasuki rumah.  Begitulah zaman aku dulu. Nak naik rumah (rumah ada tangga..., jadi gunakan perkataan naik), orang sekarang, rumah tak banyak tangga, jadi gunakan masuk rumah). Kalau ada banyak tangga pun, dah guna lif sekarang ni.... (eh...berapa punya menyimpang ini cerita dah.....)

Yang kelakarnya, setiap kali nenek mengambil timba atau gayung untuk menceduk air membasuh kaki, si ikan betuk pun terikut lah sama dalam gayung tu. Tu yang buat orang tua tu hangiiinnnn satu badan... (dah aruah dah....) rindu kat nenek sangat2.

Dalam hujan lebat juga, aku dua beradik, sibuk berlari lari memunggut buah pauh yang berguguran di kawasan berhampiran rumah. Kalau nak pergi punggut buah pauh masa hujan, mahunya 1 baldi pun boleh penuh.  Rindu gak nak makan buah pauh..., lama dah tak makan. Kat pasar2 malam, pasar2..., dah tak ada dah buah pauh tu.... (bentuk macam buah mangga, tapi comel2 dan cute....)

Cakap pasal buah pauh ni, kita pantun lah cikit yer...., pantun yang biasa2, dan selalu dengar. Tapi aku nak pantun gak...., tak kira, tak kira.....hehehehe

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata, dihati jangan....

Sebenarnya citer buah pauh ni, bukannya tajuk citer ni. Aku nak citer pasal hujan lah tu.....,
Cuba kita bayangkan zaman sekarang ni..., begitu sedikit anak2 kecil yang bermain hujan.  Bila hujan turun, mereka bertempiaran masuk ke rumah. Tak payah nak suruh2. Baju basah sikit pun, dah bising sebab kena hujan.  Kadang-kadang kita yang lebih bising kat anak2... (aku lah...., orang lain, tak tahu macamana...). "Jangan main hujan, jangan mandi air hujan..., jangan main kat parit..., jangan main kat lopak...." huhhhhhh...., semuanya jangan!.  Kalau main hujan nanti, boleh dapat demam, dapat selsema...., tu lah leteran aku pada anak2...

Saat manis anak2 masa zaman aku, dah tak sama dengan  saat manis zaman anak2 sekarang.  Sekarang ni, mereka dah tak hirau nak main air hujan di lopak, dipadang atau dimana sahaja.  Anak2 sekarang lebih suka mainan yang berbentuk teknologi canggih..., computer game,. Lori remote control dan macam2 control lagi lah..., semuanya canggih dan mahal.  Dulu, aku ada gak lori...., tapi abah buatkan guna papan. Yang kelakarnya.., perhhhhh ada tayar tau. Ada empat tayar. Entah tayar mana orang tua tu amik..., aku dah lupa. Sibuk lah adik aku tarik aku..., aku pulak dok bersila atas lori empat segi tu...hahahahaha. Tak ada kepada lori pun. Macam kotak jer.... , daripada tak ada, baiklah ada..kan???. ada juga alternatif orang tua tu untuk kita orang..

Yang pastinya..., aku sebenarnya rindu nak main hujan tu. Tapi dah tua tua ni, alahan lah pulak.  Bila ditimpa hujan..., akan jadi sinonim pulak dengan aku..., sakit kepala yang teramat....., aduhaiiii...

Tapi...., jiran aku ada anak sebaya anakku along. Budak tu perempuan. Dah 19dah...., cun dah dia sekarang. Kalau dulu, comot momot...., la ni, dah pandai bergaya lah katakan. Belajar gak dah tinggi. Satu jer yang dia tak boleh nak buang...., akan berlari keluar sama2 adiknya dan menjerit...ehhhh hujan yeh yeh yeh...., sambil mandi di bawah cucuran bumbung rumahnya...., aduuuhaaaaiiiiiiii

3 comments:

  1. hahaha..nakal mak dlu2..hahaha..siap sumbat ikan betuk lagi uh dlam tempayan..yang tu tak cerita pun sebelum ni??..ehehe..

    ReplyDelete
  2. zaman mak tak sama ngan zaman anak2...kan kan cik shidah...

    ReplyDelete
  3. Swing..., betul tu. Zaman mak mana nak sama ngan zaman anak. Anak2 sekarang takut nak main ujan, takut demam.

    ReplyDelete