Thursday 20 September 2012

ABAH

Abah.....,
Rindu telah lama bertapak untuk menyebut panggilan itu. Hampir 12 tahun aku tidak lagi dapat menyebut dan memanggil panggilan 'Abah'.  Kadang kadang rindu terlalu mencengkam. Rindu terlalu kuat. Hanya  FATIHAH yang dapat ku sedekahkan pada Abah. Aku sentiasa berdoa, semoga Abah di tempatkan di tempat insan2 yang dirahmati dan beriman. Insya Allah, amin.

Masa kecil, abah terlalu rajin melayan karenah kami adik beradik. Tidak kurang juga sering dimarahi Abah jika ada kesalahan yang kami lakukan. Semasa dulu, kalau kena marah sebab bermain hingga lewat senja, kena marah kerana tidak mahu belajar, kena marah sebab selalu buat mak penat, kena marah jika ponteng sekolah dan kena marah juga kerana rajin menimba ikan di parit besar bersama adik lelakiku yang kedua. Bila dimarah Abah, mulalah rasa sakit hati, jauh hati dan juga makan hati.  Di hati terbuku perasaan geram dan memberontak.  Alhamdulillah, perasaan itu tidak bercambah terlalu lama.  Sehari dua, akan hilang semua perasaan itu. Kasih sayang pada Abah dan mak tetap menebal dari hari ke hari.

Bila kita di usia begini, lantaran kita mengerti, mengapa Abah bersikap demikian. Marah Abah bersebab dan ada alasannya.  Memori bersama Abah semakin mengamit dan hati semakin dipagut kesayuan.  Pernah aku dikejut Abah seawal 2.00 atau 3.00 pagi untuk meneman Abah dan mak menjala belanak di pantai berdekatan. Yang peliknya, tidak pula terasa mengantuk saat itu, malah rasa seronok dapat bersama Abah dan mak, walau dalam keadaan dan waktu apa sekalipun.

Pernah juga aku dan adik lelaki ke dua ku, dipulau oleh kawan kawan sepermainan. Seronok masa kecil, bermain rumah pondok yang dibuat daripada pelepah daun kelapa dan berangka buloh. Abah merasa terlalu kasihan melihat keadaan aku adik beradik yang terpulau oleh kawan2. Sanggup pula Abah meracik buluh dan batang nibong untuk dijadikan lantai rumah pondok2 kami.  Yang seronoknya rumah pondok2 kami lebih cantik dan teguh dari rumah pondok2 kawan2 yang memulau kami.

Rasmi kanak2, bergaduh pun tidak lah lama. 2 ke 3 hari, baik semula. Malah, kawan2 yang memulau kami pada mulanya, sibuk pula bermain di rumah pondok2 kami. Riang kembali bertapak di wajah dan dihati. Abah mula terasa terhibur melihat anak2nya punya kawan semula....

Abah juga ada sebiji motor vespa warna biru laut. Abah sayang akan motor vespanya. Hari2 dijaga dan digilap. Abah rajin bawa aku dan adik jalan2 dengan vespa birunya. Aku Abah letak di belakang dan adik pula berdiri didepan sambil memegang kepok vespa didepan. Abah bawa aku dan adik pusing2 kampung, duduk berehat diperdu pokok ketapang di pantai berdekatan. Abah juga bawa aku dan adik ke kedai kopi kegemarannya. Abah belanja aku dan adik makan ais kepal yang harganya 10 sen. Seronok sangat2.

Abah selalu minta aku dan adik carikan uban di kepalanya. (Sekarang aku tahu, uban sebenarnya tidak boleh dicabut).  Bila aku mencabut uban Abah, abah akan upah 10 sen. Sukanya hati dapat 10 sen. Berlari ke kedai Babu..., beli jajan. Haha.

Bila aku menginjak dewasa, akhirnya aku dipinang jejaka idaman dan seterusnya melangkah ke alam rumah tangga. Insan yang paling bahagia adalah Abah. Begitu juga mak.  Pernah Abah mengusikku. Entah ada atau tidak orang yang sudi menyuntingku disebabkan kulitku yang gelap dan wajah yang tidak menarik. Alhamdulillah, takdir Allah tak siapa dapat menduga. Bertemu jodoh juga akhirnya...

Sebulan selepas mendirikan rumah tangga, aku berpindah dari rumah Abah. Kononnya, ingin berdikari dan hidup sendiri,  Insan yang paling sedih ialah Abah. Kesedihannya mengalahkan kesedihan mak yang hatinya lebih keras dan kental. Sehari aku meninggalkan rumah, sepi mula mengisi ruang. Walaupun ada 3 adik2 yang lain, tapi hati Abah tetap di pagut sayu. Bila hujung minggu tiba, aku dan suami akan bermalam di rumah mak dan kelihatannya Abah lah yang paling gembira. Sibuk membeli ikan dan lauk2 kegemaran yang lain. Sanggup ke kedai sekerap mana pun disuruh mak. 

Pada satu masa, mak ke Mekah menunaikan ibadah haji tanpa abah. (kesihatan Abah tidak mengizinkan untuk Abah pergi bersama sama mak masa tu.). Bila mak tiada, Abah guna kain batik yang mak pakai seharian untuk dibuat teman selimutnya. Abah cakap, dia rindu kat mak, padahal, mak baru sehari meninggalkan kami.  Abah juga minta aku masakkan mee hoon kuah tauchu yang selalu mak buat untuknya. Alhamdulillah, boleh juga aku sediakan untuk Abah walaupun tidak sesedap yang mak masak untuk Abah.

Beberapa tahun kemudian, Abah mendapat tahu yang dia menghidap penyakit kecing manis atau diabetes. Pada asalnya, kaki Abah terpijak paku karat di luar rumah.  Lama kelamaan, ianya membengkak dan bernanah. Abah terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Walaupun luka di tapak kaki Abah semakin lama semakin teruk, tapi luka Abah tidak menghasilkan bau. Cuma aku ngeri melihat keadaan lukanya yang perlu dikorek dan dibuang nanahnya dari hari ke hari.  Bila tiba suatu masa, keadaan luka di kaki Abah memaksa Abah perlu di hantar ke hospital besar untuk rawatan lanjut.

Di hospital, 2 jari kaki  Abah terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan. Kami terima berita dengan tabah dan Abah kami jaga dan jengok setiap hari. Aku sanggup mengambil cuti tanpa gaji, semata mata ingin menjaga Abah. Makan minum Abah dan kandungan gulanya memang aku jaga. Sewaktu menjaga Abah, aku mengandung anak ke empat. Kandunganku telah sarat dan hampir memasuki 9 bulan. Demi Abah, aku lupa kepayahan dan kesukaran mengandung. Dalam kotak fikiran dan dalam doaku setiap hari, aku hanya minta supaya Abah semboh kembali.

Hampir 2 minggu Abah di hospital, Abah dibenarkan pulang ke rumah. Abah juga nekad tidak mahu memotong sebahagian kakinya iaitu hingga keparas keting. Abah masih berharap untuk mendapatkan rawatan lain selain daripada rawatan moden. Abah ku bawa pulang ke rumah, tapi wajah Abah tidak ceria dan gembira. Abah tampak benar sugul dan sedih.  Walau bagaimana kami sayang kat Abah, sekuat mana cinta kasih kami kat Abah, seteguh mana setia dan cinta mak kat Abah, takdir ALLAH tidak siapa dapat menolaknya. Abah pergi juga meninggalkan kami sekeluarga pada tarikh 10hb November 2000. Walaupun telah 12 tahun Abah meninggalkan kami, ingatan, kasih sayang kami pada Abah tak pernah luntur. Sayang Abah selamanya. AL FATIHAH UNTUK ARWAH ABD RASIT BIN SAID. Abah tercinta

Friday 14 September 2012

NASIB SI COMEL

Assalammualaikum.,
Hari ni, kita bercerita pasal kucing pula. Aku ada seekor kucing yang diberi nama Comel. Kucing ni, kucing betina. Selain dari si Comel, ada juga seekor kucing jantan yang diberi nama Mamat. Si Mamat lebih 'senior' dibandingkan dengan si Comel. Muka Comel memang cute dan itu sebab menjadikan si Comel glamour di kalangan kucing2 jantan dipersekitaran.

Kisah Mamat dan Comel sama jer. Dua2 ekor kucing tu, asalnya memang kucing jalanan. Terbiar tanpa tuan, dengan badan yang comot dan kelaparan. Pada mulanya, kedatangan Mamat memang tidak kami undang. Beberapa kali curi2 makan dan masuk ke rumah tanpa izin. Membuatkan jiwaku mendidih tetiba, tatkala melihat makanan yang bersepah diheret ke lantai.  Banyak kali juga ku acah dengan batang penyapu, walaupun ku tak pernah melibasnya. Dalam hati, masih ada sedikit simpati pada haiwan kesayangan ini.

Lama kelamaan, daripada benci, timbul pulak sayang pada si Mamat. Yang uniknya tentang Mamat, dia tidak pernah buang air besar atau kecil merata rata. Jika dia berada didalam rumah, akan ku pastikan pintu bilek air tidak berkunci dan lubang saliran air tidak ditutup kerana disitulah si Mamat melepaskan hajat.  Tak pernah pun Mamat membuang najis kecil dan besarnya diatas lantai bilek air jika lubang saliran air tertutup. Memang cute si Mamat.

Selang beberapa bulan yg lalu, datang pula si Comel. Kucing jalanan juga. Muka comot, kurus kering kelaparan. Sungguh kasihan aku melihat keadaannya. Si Comel selalu diganggu oleh 'pria2' jantan disekeliling. Mungkin kucing betina bilangannya sedikit dibandingkan dengan bilangan kucing jantan. Hahahahahaha

Seperti si Mamat, si Comel juga berkelakuan sama. Tak pernah menarik kemarahanku semenjak menjadi penghuni tetap di rumahku. Sikap ke dua dua ekor kucing inilah yang menjadikan kami sekeluarga jatuh kasih dan sayang padanya.

Ditakdirkan, si Comel telah berbadan dua. Walaupun Comel mula memboyot, tapi muka Comel, tetap comel jer...
Sejak si Comel mengandung, makan minum nya memang kami jaga. Makanan kedua dua ekor kucing ni, dari jenis yang berjenama dan bukannya jenis timbang. Punya lah sayang katakan....

Saat yang ditunggu tunggu telah tiba, bilamana si Comel tiba masa untuk melahirkan. Sejak pagi, si Comel mula gelisah dan ada tompokan2 darah di lantai bilamana si Comel bergerak dan berjalan kesana sini. Encik hubby, sibuk membuatkan tempat Comel melahirkan dengan sebuah kotak yang agak panjang dan dilapis dengan beberapa kain yang tebal dan bersih. Konon nya, nak beri Comel merasa selesa bila saat melahirkan tiba.

Tapi, kalau dah haiwan, memanglah macam haiwan. Comel tak betah duduk di dalam kotak yang encik Hubby panggil sebagai wad untuk si Comel. Mula lah dia menghidu sana dan sini untuk mencari ruang dan kawasan yang selesa.

Pada malam jumaat tarikh 7hb September 2012 yang lalu, si Comel selamat melahirkan tiga ekor anak2 yang memang comel2. Melihat kepada keadaan perut si Comel, kami sekeluarga berteka teki akan bilangan anak2nya. Ada yang kata empat ekor. Ada kata lima ekor. Tapi, semuanya salah. Comel melahirkan tiga ekor anak. Anak comel panjang panjang. Lebih dari sejengkal. 

Anak2 Comel ada tiga ekor yang berlainan warna. Hitam, kelabu dan kelabu berbelang seperti si Comel. Si Hitam sempat merasa susu ibunya sehari dan si Hitam telahpun mati. Si Comel tidak terasa kehilangan, kerana si Comel masih ada dua ekor anak2.

Kemudian, dua hari lepas, si Kelabu pula pergi meninggalkan kami. Pada mulanya tak perasan pun. Tetiba si Comel menggonggong anaknya dan di letakkan dihadapan kusyen rumahku. Comel seperti ingin memberitahu sesuatu. Badan anaknya di jilat beberapa kali dan si Comel menguis nguis badan anaknya. Seperti ku dengar Comel berkata... 'bangunlah...bangunlah..., jangan tinggalkan emak..'. Senario itu benar benar mengundang kesedihan di hati kami sekeluarga.

Yang mati, tetap mati. Kami kebumikan anak Comel, si Kelabu dibawah pokok berhampiran rumah. Tinggallah si Comel dengan si Belang. Tapi, yang sedihnya, si Belang pun telah menyusul adik beradiknya yang lain. Si Belang telah mati sehari lepas. Kami tidak menunggu Comel untuk kebumikan anaknya kerana Comel pergi berjogging agaknya untuk menguruskan badannya yang masih geleber dan masih gemok itu...

Si Comel pulang dengan berlenggang mak limah dan terus ke tempat anaknya. Tetiba Comel mengiau dengan kuat dan mencakar cakar lantai apabila tidak berjumpa anaknya. Comel mengiau ngiau sambil memandang wajahku. Mungkin ingin bertanya, mana perginya si Belang. Leher Comel ku urut dan ku beritahu tentang anaknya, walaupun haiwan itu sebenarnya tidak mengerti.

Comel berlari laju ke luar. Menjengah kotak wad nya. Sayangnya, dia tidak berjumpa dengan si Belang. Tiba-tiba, Comel tersedu sedu dan beberapa kali terbersin. Aku sungguh terkejut melihat keadaan itu. Sehingga sekarang, keadaan Comel sesekali meroyan. Mencari anaknya ke sana sini dan berulang alik dari bilek stor rumah kami dan keluar lagi. Masuk semula, memanjangkan lehernya dan sesekali mengiau sayu. Kesian Comel. Kau keseorangan semula kerana zuriatmu telah tiada........, 


Thursday 13 September 2012

ADUHAI HATI..

Assalammualaikum.
Lama sudah tidak menulis disebabkan kesibukan kerja seharian. Namun hari ini, ku cuba jua untuk menulis walaupun diriku dibelenggu oleh kekaburan idea dan otak yang letih kerana kerja disebelah siangnya.

Sedang aku termanggu, terkenang pula kejadian siang tadi di pejabat. Namun, kita kena terima setiap kejadian itu dengan semangat yang kuat. Niat kita mestilah satu. Bekerja kerana Allah. Bekerja dengan niat yang ikhlas dan bersedia menghadapi rintangan dan cabaran.

Berkerja sebagai pengurus kewangan di sebuah syarikat pembinaan yang kecil, adalah lebih sukar bagiku.  Keadaan kewangan syarikat yang masih belum stabil dan hutang yang bertimbun, adalah cabaran yang hebat.  Alhamdulillah, walaupun berat dan sukar, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejak hadirnya aku disini, aku berjaya mengurangkan jumlah hutang syarikat dengan membuat penstrukturan semula.

Aku bersedia dimaki, dimarah dan ditengking herdik oleh manusia manusia yang tidak pernah ada kesabaran dihatinya. Tidak ada sikap lemah lembut di lidahnya dan tidak ada rasa sahabat dijiwanya.  Semuanya ku telan dan ada kalanya ku tepis juga dengan sepotong dua ayat yang tegas. Jangan biarkan sikap separuh daripada separuh mereka, menganggu dan mengoyangkan ketegasan yang cuba kita bina dan pertahankan sekian lama.

Bagi kamu, orang orang kaya di luar sana, walaupun syarikat tempatku bekerja mempunyai hutang dengan syarikat tuan dan puan besar, tapi kami tidak melepaskan terus dan menghilangkan hutang tersebut . Setiap bulan, kami berusaha untuk menjelaskan hutang hutang yang tertunggak dan sebenarnya ianya berkurang dari bulan ke bulan.

Wahai tuan puan yang perasan kaya tu. Ingatlah, ini semua adalah harta dunia dan pinjaman semata mata. Janganlah terlalu ego dan sombong sehingga menetapkan yang seseorang itu hanya layak di maki atau dicaci. Aku tidak mengharapkan untuk kamu menerima balasan dalam sekelip mata, tapi harta dunia, sekejap sahaja Allah boleh tarik semula dari kamu. Allah Hu Akbar. Pedihnya makian kamu siang tadi, masih terasa hingga kini.  Tidak pernah kah kamu terfikir, sedang kamu berjalan jalan atau memandu dengan kereta mewah kamu, tiba tiba Allah boleh turunkan bala dan kebahagiaan akan direntap juga dengan sekelip mata???? Rasa bahagia dan kekayaan yang kau ada tetiba hilang dan pudar..,

Aduhai hati yang rapuh ini. Walaupun terasa pedih dan pilu menerima penghinaan, kuatlah. Tabahlah...., kau terimalah ini sebagai amanah dari majikan untuk kebaikan semua. Semoga hatiku  bertambah kuat dan bertambah tabah..., wahai hati Rashidah..., kuatlah!!!!!!



Sunday 29 May 2011

HATI YANG BINASA

Agak lama tak update. Tak ada idea untuk ditulis kerana kesibukan tugas. Walau bagaimanapun, di petang ini, terasa terpanggil untuk menulis. Payah untuk menunggu idea yang spontan yang datang. Ianya datang, tanpa di duga dan tiba-tiba juga boleh hilang. Maka jadilah kita seperti seniman yang kehilangan ilham.  Walaupun sebelum tu, mencurah curah cerita yang hendak diluah dan dipaparkan.  Pengalaman hidup, bukannya seperti mempelajari pelajaran di sekolah. Di sekolah, kita di ajar guru, mengkaji dan mentelaah.  Ada ketika, kena menghafal, mengingati fakta dan juga formula.  Bila dah menghafal, mengingati fakta dan formula, kita praktis pula serta biasakan dengan menjawab soalan2 yang ada.  Begitulah alam persekolahan dan alam pembelajaran.  Lagi tinggi belajar, lagilah payah dan susah. Tapi, jawapannya sama. Orang2 yang rajin berusaha, itulah calon mereka2 yang berjaya.

Pengalaman hidup pula, bukannya seperti buku, yang boleh dihafal dan dibaca. Ianya datang setiap detik.., hari kehari dan setiap kali itulah helaian hidup kita akan bertambah. Samada ianya berbentuk duka, ceria dan bahagia. Semuanya mematangkan kita dan kita juga akan menjadi insan2 yang bahagia bila kita berjaya menanganinya.

Siapakah antara kita yang inginkan duka itu datang bertandang????. Tiada sebenarnya. Tidak sama sekali. Tapi, sebagai manusia biasa., cerita duka itu akan datang juga. Ianya akan datang dan kemudian pergi, bergantung kepada seseorang itu sendiri untuk menangani...

Teringat aku kepada seorang teman.., seorang wanita yang jelita dan bergaya. Tekanan perasaan buatkan hatinya tidak tenteram dan sering berduka. Walaupun punya rupa dan jelita..., perasaan yang bahagia itu tidak selalu miliknya. Inilah dugaan yang harus ditanggung dan duka yang tidak lagi terbendung....

Doaku untuknya, sabarlah dengan apa yang menimpa. Walaupun kita hanya boleh berkata kata..., berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi, itulah bahagiannya buat masa ini. Allah lebih mengetahui dan kita yang memandang, hanya boleh nasihat dan berdoa untuknya.

Semuga, satu masa dan ketika.., segala cerita duka akan terlerai dan segala kekusutan akan terungkai. Pesananku untuk dia.., semuga akan sentiasa tabah. Hanya itulah yang mampu ku perkatakan. Semuga juga, kesihatannya bertambah baik dan fikirannya bertambah tenang dan bahagia. Walaupun sebelum ini, hatinya telah disakiti oleh INSAN YANG MEMPUNYAI HATI YANG BINASA......,

Salam sayang buat adikku yang mengerti....A---

Saturday 14 May 2011

HARI GURU

Diam tak diam, kita telah menghampiri enam bulan dalam tahun 2011. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedar. Sedangkan kita..., masih terkejar kejar mencari kepuasan dalam hidup yang sementara ini. Tetapi, begitulah adatnya.Walaupun kehidupan ini sementara, kita kena juga berusaha untuk terus hidup didunia yang fana ini, sambil kita berusaha untuk menambah bekalan untuk dibawa ke dunia sana.  Bertapa sedih dan pilu nya mengingati saat itu. Selamat tinggal kaum keluarga.., selamat tinggal teman-teman dan handai taulan.  Jika masih ingat kepada yang pergi, kita akan sedekahkan Fatihah.., semuga yang pergi itu akan aman dan damai disana, dalam keberkatan dan kerahmatan.

Ok lah tu. Kita tak yah cerita bab sedih2 ni. Kadang2 kesedihan itu akan berlarutan dan akan menenggelamkan kegembiraan yang sepatutnya datang bertandang dan beriringan.  Selepas pulang dari ofis siang tadi, anak2 sibuk mengajak aku membawa mereka ke shopping komplek..., nak beli hadiah untuk hari guru pada 16hb Mei 2011, bersamaan hari Isnin ni. Maka..., layanlah mereka. Dah siap dengan senarainya..., untuk cikgu sekolah pagi berapa orang, cikgu sekolah Ugama, ataupun sekolah petang.., berapa orang.

Maka..., bila tiba tempat yang dituju..., berebut rebutlah yang berdua kenit2 ni memileh hadiah untuk guru2 tu. Aku sekadar jadi pemerhati dan bersedia di kaunter bayaran. Setelah barang-barang yang ingin dibeli mereka pilih, aku hanya membuat bayaran, tanpa membuat komen tentang barangan yang dipilih oleh mereka.  Biarlah mereka berpeluang memilih mengikut cita rasa mereka tanpa dikongkong oleh pemikiran dan cita rasaku.  Selagi barang2 tersebut bukannya barang2 terlarang dan ianya memang sesuai dijadikan hadiah.., kerana memang aku membawa mereka di kedai yang hanya menjual cendera mata, maka ianya bukan masalah bagiku. Cuma masalahnya.., kadang2 takut mereka terambil barangan yang bukannya menjadi bajet aku hari ni.

Guru2 pula, mereka bukannya mengharap, apa yang akan anak2 murid beri kepada mereka. Cukuplah sekadar anak2 murid mengenang jasa guru, dengar cakap guru dan mengikut nasihat guru, itu adalah lebih penting dari segala galanya. Jasa guru memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tenaga dan titik peluh mereka begitu berbaloi.., apabila banyak cendiakawan dan golongan2 berjaya yang dibentuk oleh guru2 sedari awal.  Wah...., cakap macam aku ni guru..., walaupun sebenarnya aku bukan guru, tetapi aku cuba menyelami hasrat dan hati mereka.....

Dua tiga hari yang lepas, Angah call dari asrama. Suruh gak cari jubah pendek, tarbus warna hitam untuk dipakai masa sambutan hari guru di sekolahnya. Ada tema lak tu...., TEMA PADANG PASIR..., ooooo, sebab tu lah kena pakai jubah...hehehehe. Cute juga.....

Ingat aku masa sambutan hari guru zaman sekolah rendah ku. Masa tu aku baru darjah 5. Kami berangan macam2 nak beri kejutan pada guru kelas.  Masing2 dah minta mak buat kueh sorang sepinggan untuk buat jamuan di kelas. Woooooo...., seronok betul masa tu.  Seminggu sebelum tu, aku baru lepas daripada mengalami sedikit kecederaan di wajahku gara-gara menganggu mak mengoreng ikan di dapur. Kecik2 aku dah rajin ke dapur tau........!!

Kejadian ni berlaku, masa mak sedang sembahyang. Dah dikecilkan api dan dia beritahu aku untuk tengokkan ikan tu.  Sambil tu, dalam periok, adalah telur ikan sembilang, yang mak nak campur dengan masak asam pedas.  Tiba2 terasa gatal lak tangan ni, nak ambil sebahagian daripada telur ikan tu, dan ku campakkan didalam minyak yang sedang mengelegak dengan gorengan ikan tu....,

Selang beberapa ketika..., tetiba minyak tersebut berbunyi pop pop pop yang amat kuat lalu terperciklah ke dahiku dan beberapa tempat di muka ku.  Apa lagi..., meraunglah aku dengan tahap kepanasan minyak yang melampau tu. Mak pun terkejut lalu ditinggalkan sembahyangnya lalu menerpa ke arahku.  Aku berlari ke bilek air lalu ku jirus muka ku dengan air, dengan harapan untuk sejuk.  Disebabkan gosok terlalu kuat, maka terkopeklah kulit didahi yang melecur tu.., sambil menampakkan warna puteh kemerah merahan.....

Bila nak kesekolah dan pada hari tu, sambutan hari guru.., aku dengan rambut diikat ala ala apaci.., berserta menutup dahiku dengan lipatan bandana warna merah.  Bila sampai waktu loceng berbunyi, guru kelas, masa tu, Sir Baba (kita panggil sir, sebab dia ajar bahasa Inggeris..), hidup lagi ke tidak orang tua tu..... :))

"Hei awak...., nak jadi gangster eh???, siap dengan bandana lagi,..., kau baru balik dari berlakun citer koboi eh???." jerkahnya padaku.  "Naper ni....???" tanya nya lagi.  Aku malas nak jawab lalu ku bukak bandana yang membalut dahiku. Sir Baba terkejut melihat luka yang terputeh didahiku..., lalu memaksa aku menutupnya kembali....... lalu berkata "kalau nak tutup luka pun, pakailah kain pembalut luka ker..., oklah.., yang kau pakai bandana merah ni..buat apa...!"..., katanya dan dihatinya mesti terbit rasa kesal kerana telah memarah ku.

"Ok..Apaci..., sebab hari ni hari guru..., awak cikgu beri penghormatan untuk menyanyi di depan ni. Cikgu nak sangat dengar awak nyanyi. Kalau cikgu tak ada kat kelas, kawan2 awak kata, awak suka nyanyi...". Alamakkkkkk..., tembelang dah pecah. Saper lah yang jadi informer ni...., memang nak kena....!!

Nak tak nak..., kenalah aku nyanyi.  Lagu apa ek???. Tetiba idea hilang semuanya. Tak kan pulak aku nak nyanyi cok cok kendung...., kang lagi lah mengamuk orang tua tu......, hehehehehehe. Tetiiba, dapat lak idea..., nyanyi lagu surat terakhir.....

Beriya iya nyanyi...., kalau sekarang ni, macam masuk AF lah katakan. Tapi confirm baru peringkat nak isi borang.., dah kena reject....hahahahahahaha. Sir Baba terpegun seketika tengok aku nyanyi. Tak tahu lah samada dia terpaku kerana suara aku sedap, ataupun dia terpaku sebab suara katak panggil hujan lebih sedap dari suara aku......:))

Tapi..., yang bestnya..., dia tepuk tangan beriya iya lepas aku nyanyi. Siap dipatahkan sedahan bunga "janda kaya" lalu dihadiahkan kepada ku.  Itulah hadiah pertama dan terakhir iaitu bunga yang aku dapat semasa menyanyi......

Untuk guru2 se Malaysia..., selamat menyambut hari guru. Jasamu dikenang kerana dikaulah pendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang cemerlang dan gemilang....., curahkan jasa mu seikhlasnya semuga yang membalasnya hanyalah DIA YANG MAHA MENGETAHUI.....

Untuk guru2 yang pernah mengajar ku,,,,, saya sayanggggggg CIKGU!!

Friday 6 May 2011

KASIH IBU

Bertemu lagi. Kali ni, nak cerita pasal ibu pulak. Macam-macam kita boleh panggil, mama, ibu, umi, emak, mami.  Tapi, aku lebih senang panggil mak dengan panggilan mak. Aku rasa lebih manja dan santai.  Sempena hari ibu ni..., macam2 lah yang anak anak cuba buat yang terbaik untuk para2 ibu. Alangkah bertuahnya, merasai pengalaman menjadi ibu.

Bayangkan..., kita boleh rasa tangan yang memintal, kaki yang menendang semasa kita mengandung.  Bayangkan kesakitan semasa melahirkan. Bayangkan juga keindahan dunia semasa melihat kerlipan mata, apabila anak yang baru dilahirkan, mengerdipkan matanya. Alangkah comel nya saat itu....

Mengenangkan mak..., hati begitu terharu dan pilu. Walaupun jarak rumah mak tidak berapa jauh daripada rumahku..., aku tetap merinduinya selalu. Aku dapat bayangkan segala kesusahan dan kepedihannya dalam mendidik aku. Alangkah risaunya semasa aku sakit dan alangkah bahagianya melihat kejayaanku....

Emak....,, hatimu akan berdarah jika melihat hati anakmu sedih. Hatimu berbunga bahagia.., jika melihat anakmu bahagia. Semuanya itu menginsafkan aku tentang kasih sayang seorang ibu kepada anak2nya.

Apabila menjejak dewasa dan setelah menjadi ibu, barulah ku rasakan naluri keibuan yang sebenar. Terlalu payah untuk ditafsirkan dengan kata2. Kasih sayang itu perlu dihayati dengan perasaan dan keikhlasan.  Pada permata2 hatiku, selalu aku berpesan, hormatilah orang tua selagi ada, kerana tanpa mereka, tiadalah kita...

Dah tua begini, aku masih ingin terasa dibelai oleh ibu. Aku ingin merasakan bertapa lembut dan sejuknya tangan nya membelai kepala dan mengusap gusap rambutku. Terasa teringin merasa semula, ibu menyisir rambutku...,.

Tapi kini..., aku tak dapat merasanya lagi. Saat ini, giliran ku pula menyisir rambut anak2ku, menyuapkan makanan dan membelai dan mengusap rambut dan kepada mereka..., sambil berpesan..."jadilah anak2 yang soleh anak2ku...., jadilah anak yang soleha anakku..".

Beberapa bulan yang lepas, aku telah mengalami sakit yang teruk. Kesiannya anak2..., tidak dapat memakan makanan masakan ibu, kerana ibu terlantar sahaja.  Emak sangat bimbang dan sedih. Berkali kali dipesankan kepada ku supaya kerap memakan ubat, walaupun ubat yang ku ambil telah ku ambil  mengikut masa dan waktu yang ditetapkan.

Emak sanggup bersusah payah menghantar makanan kepada ku.  Masa tu, aku dapat rasakan belaian tangannya di dahi panas ku. Aku begitu terharu melihat ada air mata yang mengalir deras dan laju yang turun dipipi kedutnya.  Semuanya menginsafkan aku dan aku tahu..., emak masih sayang kepadaku walaupun aku telah punya keluarga sendiri.

Setiap kali mak melihat aku menelan makanan dan memuntahkan kembali..., setiap itu lah segala pergerakannya terhenti. Terpaku hanya padaku. Hati mak jadi tak senang bila ingin berpergian ke surau berhampiran untuk solat berjemaah.  Hatinya asyik terarah kepada anaknya yang sakit ini.

Alhamdulillah..., kini kembali ceria dan bertenaga. Walaupun tidak tahu, bila kah saatnya ajal akan menjemput tiba...., berserahlah dan berdoa. Semuga.., esok, masih ada sinar pagi yang menerangi ...., masih ada masa untuk melihat senja terbit di ufuk barat...

Emak....., kasih sayangmu tiada sempadan. Seluas lautan kasihmu itu, tidak dapat ku balas dengan apa yang aku ada. Hanya doa dan harapan..., mak masih kuat dan sihat..., untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.  Aku juga dapat lihat, ada garis garis rindu di kedut wajahnya. Rindu pada arwah abah......

Walaupun abah telah meninggalkan emak, 11 tahun yang lalu.., tetapi rasanya kenangannya bersama arwah, tidak akan pudar sampai bila2. Aku juga tahu...., setiap kali dalam solatnya..., dipanjatkan doa untuk arwah abah.  Semuga abah tenang disana dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman...

Setiap yang hidup pasti mati.  Walaupun mak sekarang sihat, tapi debar didada tetap terasa apabila melihat mak sakit. Aduhaiiiii...., mati.., ajal..., maut itu ketentuan Ilahi...., jangan lah kita menolak kehendaknya....

Emak....., selagi hayat emak ada, aku tidak ingin menyakiti hatimu. Tidak ingin aku menguris luka jiwamu. Emak...., maafkan diriku, anakmu yang pernah berdosa denganmu....

Friday 29 April 2011

PERKARA ANEH

Alhamdulillah..., masih berkesempatan menulis walaupun idea tak datang sebenarnya.  Tapi, saja nak merapu cikit...(eh..., merapu ker), tapi ni cerita benar yang ku alami.  Kali ni, kita cerita perkara2 aneh yang pernah kita lalui disepanjang hidup kita. Marilah kita bermula dengan alam persekolahan dulu. Kalau tak ada alam persekolahan, tidaklah ada alam pekerjaan kan??. hehehehehe.....

Mula menjejakkan kaki ke tingkatan 4.., tahun dot dot...., aku telah mula duduk diasrama.  Walaupun jaraknya dari rumahku tidak lah jauh sangat, dan tidak juga dekat..., tapi masih didalam peta negeri Melaka.  Mula-mula menjejakkan kaki ke asrama, hati dan perasaan dibelenggu rindu yang teramat kepada adik2 dan kedua orang tua serta nenek.  Walau bagaimanapun, ku cekalkan hati dan jiwa, bagi tujuan menuntut ilmu dan menjadi seperti apa aku nak jadi, untuk kebahagian diri sendiri dan juga kebahagian kedua orang tua.

Orang kata, kat asrama ni, banyak hantu. Banyak juga yang dah terjumpa. Sebelum ni, aku memang tak percaya cerita2 karut penduduk2 kat asrama ni. Ada yang jumpa kepala kat blok A, ada gak yang nampak benda terbanglah..., nampak bayang lah..., dan macam2 lah. Ada juga yang cerita dia mengerikan sikit.  Sedang berus gigi dalam bilek air, tengok cermin, kita berus gigi, nampak bueh ubat gigi. Orang kat sebelah, kita nampak darah....heeeeee..., seram!!.

Pada satu malam, aku berdua dengan kawan baikku, pegi ke bilek air. Rutin sebelum tidor.., mesti nak ke tandas dulu. Buang mana yang patut dibuang, tak kira besar atau kecil. Sapu bedak sejuk dimuka, mengalahkan muka zombe kampung pisang. Ubat jerawat...., dah macam corak pot ke dot, bersepah kat muka. Semuanya gara2 usia meniti remaja..., muka nak licin lah konon nya. Pantang jerawat ada hinggap sebiji dua..., punya lah risau,...., macam ada beban batu besar di kepala.....

Selepas sibuk menenyeh muka ngan bedak sejuk, tiba-tiba sebelah daripada ruang tempat aku bercermin, gelap. Seperti dilindung oleh bebayang. Aku lihat wajah temanku. Dia juga melihat wajahku.  Kami berdua menjadi tergamam dan tidak dapat bergerak. Bayang2 gelap itu bergerak gerak dan tiba2 ku lihat ianya seperti jerami yang terurai....., bayangan seperti rambut yang panjang!!!!. Cabuttttt........., tiba2 aku dapat power dua kuasa kuda. Berlari beriringan dengan temanku....., 

Sampai di dorm..., aku pun jadilah nenek kebayan, cerita seperti yang kami alami. Malangnya kengkawan ada yang tak percaya dan ketawakan kami. Aku tidur malam tu, dengan berkongsi katil dengan teman sebelahku. Tiba-tiba terasa seram nak tidor sendiri.., walaupun jarak katil ku dengan katil teman, hanyalah tiga kaki sahaja....

Cerita itu berlalu begitu sahaja..., dan lama2 ianya hilang dek kerana kesibukan kami masing2. Apa lagi, tahun itu, adalah tahun penentuan kami setelah kami menamatkan tingkatan 5 nanti.  Sebab nak periksa SPM, barulah sibuk buat sembahyang hajat dan solat sunat di tengah malam. Sembahyang tak ikhlas tu..., sembahyang kerana ingin meminta lebih daripada Allah, supaya kami boleh menjawab semua soalan dengan senang dan dada yang lapang.....

Satu malam, aku sembahyang seorang diri di bilek sembahyang. Ala...., apa lah nak ditakutkan. Kawan2 ramai yang sedang mentelaah di koridor, kerana undang2 asrama masa tu, boleh terang sehingga jam 11malam. Jadi, kami ramai2 ambil kesempatan membaca di bawah lampu koridor...., pandai2 ler. Yang penting tidak menganggu orang lain.

Baru sembahyang satu rakaat, sementara ingin berdiri untuk ke rakaat yang kedua, tiba2 ada seekor kucing hitam melompat masuk melalui tingkap ke bilek sembahyang. Aku terkejut yang teramat. Kusyuk entah kemana......!!!. Aku berlari sekuat hati daripada bilek sembahyang di bahagian bawah dan menuju ke tingkat satu, untuk menuju ke dorm ku. Kawan2 yang sedang kusyuk membaca, amat terkejut kerana aku berlarian dengan memakai telekung!!!!. Kawan2ku yang terkejut, menjerit jerit bagaikan terkena histeria!!.....,

Perkara ini berlarutan hingga dibawa ke warden asrama puteri.  Ustazah Sham begitu marah apabila mendengar cerita yang bebudak menjerit bak histeria, bukannya ternampak hantu, tetapi ternampak hantu jelmaan tiruan iaitu aku.

Kes ni, dibawa mesyuarat oleh ahli2 lembaga disiplin asrama puteri. Maka..., terhukumlah hantu tiruan dengan hukuman membersihkan bilek mandi dan juga tandas. Itu jer lah hukuman yang selalunya....errrrrrrgggggghhhh, geram nyer aku saat itu. Hanya Allah saja yang tahu...

Tahun berganti tahun, alam sekolah telah lama ku tinggalkan. Aku melangkah pula alam rumah tangga.  Sebulan selepas melangkah alam rumah tangga.., kami berpindah untuk hidup sendiri. Orang kata, hidup sendiri lebih manis daripada kita bergantung terus kepada orang tua.  Lagipun, ada lagi orang kata, biar banyak rumah, jangan serumah. Apa lagi kalau kita tinggal dengan keluarga mertua.  Segala galanya akan jadi perhatian. Pandai atau tidak anak menantu dia orang melayan anak lelaki atau pun anak perempuan mereka. Bagi yang perempuan, mesti mak mertua nak tengok, pandai atau tidak memasak makanan untuk suami dan juga mengemas rumah. Kemudian, barulah dinilai..., boleh atau tidak mendapat anugerah menantu mithali....hehehehehehe

Keadaan rumah yang baru sahaja dapat CFO, kiri kanan rumah masih kosong.  Adalah selang dua atau tiga baris, barulah ada yang baru duduk.  Walaupun begitu, rumah yang aku diami bersama suami.., agak kehujung lah sedikit......
Setiap hari, aku akan pulang dulu ke rumah sendirian dan suami akan sampai ke rumah pada sebelah malam. Paling cepat dia sampai, dalam kul 9 malam. Begitulah hari2 ku selama beberapa bulan.

Pada satu malam..., aku terasa ingin ke tandas. Tiba-tiba perut buat irama lah pulak. Tak tahu apa yang aku makan siang tadi. Dalam keadaan yang terpisat pisat, aku terus melangkah ke bilik air. Tiba-tiba aku begitu terkejut!!, kerana didalam bilek air, tersusun potongan rambut yang panjangnya agak agak sekaki. Adalah secekak agaknya rambut tu. Rambut tu tersusun jer di tepi mangkuk tandas cangkung tu....

Aku sungguh terkejut, lalu ku ambil sebaldi air yang kebetulan ada disitu. Ku siram rambut tersebut dan kemudian aku plush in. Hilang sudah rasa memulas dan hilang sudah irama yang mencengkam yang sebelum ini melanda aku. Aku berlarian ke bilek dan ku gerak kan tubuh suami yang sedang lena...., "bang..bang...bang.., bangun lah..., takut ni..!!". Setelah beberapa kali gerak, barulah si suami bangun sambil mengosok gosok matanya yang tidak gatal. Gosok mata kerana silau lampu yang terbuka!!

"Alaaaa....., naper ni???. buat terkejut jer..." kata suami padaku. Lalu ku ceritakan kepadanya apa yang berlaku. Permulaan..., pertengahan....dan penghabisan......, . Membulat matanya mendengar ceritaku dan dengan wajah yang tidak percaya, dia terus menuju ke bilek air. Malangnya.., hanya sisa2 rambut  yang tinggal dalam beberapa helai..., yang lainnya telah di "plush in" oleh ku tadi.....

"Mana ada rambut ni....., mungkin adik yang potong rambut siang tadi kot???..., tanya suami. "Takkkk..., mana ada potong rambut. Tak kan nak potong sendiri. Nak potong rambut, kena lah pergi salon..." kata ku lagi. "Alaaa...., sudahlah tu..., mimpi agaknya. Dah... gi tidur tu...".

Sejak perkara tu berlaku..., hati tak girang dok kat rumah. Terasa diriku diperhatikan, walaupun ku tahu itu hanyalah mainan perasaan.  Lama kelamaan..., minat untuk aku terus tinggal disitu, telah terkikis dan terhakis. Ku khabarkan kepada suami, dan Alhamdulillah..., dia bersetuju untuk berpindah. Maka berhijrah lah aku ke kawasan perumahan yang lain pula.....

Itulah sebahagian cerita aneh yang aku alami. Kini aku sedar, sebenarnya semua makhluk tu ada. Yang kita tak nampak tu, memang dia begitu. Kalau dah nampak.., dah lain kes lah pulakkkkk. Emmmmmm...., kadang2 keseraman datang menjenguk kan wajah....., kita..., baca lah apa yang kita tahu, untuk menghindari ketakutan yang ada. INGATLAH...., ALLAH SENTIASA ADA UNTUK HAMBA2 NYA....